SIDAI BAJU

Hari ini dalam sejarah!
Mengomel, mengomel dan terus mengomel sebaik saja masuk kerumah pulang dari kerja petang semalam. Pening juga rasanya bila si isteri terus menerus beleter. Isunya kecik aja. Tak sidai baju yang telah diletakkan dalam baldi kat depan pintu.
Maka hari ini pun terjadilah satu sejarah dalam hidup. Tak mau bising lagi, pagi2 lagi baju dan kain pun disidailah. Doa banyak2 supaya tak ada orang yang lalu lalang depan rumah yang menegur dan hari tak hujan.
Dah tak ingat lagi, bilakah hari terakhir kerja2 menyidai baju dibuat. Oleh kerana sudah terlalu lama, anggarannya adalah lebih 20 tahun! Sebenarnya kerja menyidai baju adalah kerja yang kebanyakan suami biasa tak buat. Kerja ini ibarat kerja "Queen Control" selain kerja2 melipat baju. Sebenarnya kerja ini tak ada apa2 pun, tetapi oleh kerana ianya dibuat diluar rumah maka nampaklah ianya semacam kena dera dengan isteri. Ianya lain dari kerja pergi kepasar, kemas rumah, masak memasak dan sebagainya.

Dah alang kepalang kerja2 sidai baju selesai, maka diteruskanlah kerja mengemas rumah. Walaupun tak seberapa, tetapi ok jugalah. Nampak kemas juga bila Puan Salamah pulang dari kerja nanti. Harap2 kali ini tak berleter lagilah.

Sesudah kemas mengemas dan sapu menyapu selesai dibuat, terus kedapur dan mulakan kerja memasak. Kerja ini memang kerja yang paling diminati sejak berpuluh2 tahun dahulu. Hari ini masak kari kambing ala Nasi Kandar Penang. Dimulakan dengan mengupas bawang dan sebagainya. Dimulakan dengan merebus empat biji telur ayam. Petik daun kari dalam pasu. Daging kambing pun dikukus atas dapur. Setelah periuk dipanaskan, dimasukkan bawang, halia dan lada merah dan digoreng. Telur yang telah dikupas, digoreng sama. Masukkan rempah kari, kunyit, lada dan jintan manis dan godak sampai berbau. Lepas itu masukkan air asam setengah periuk. Kentang, bawang besar, daging kambing dan daun kari dimasukkan. Seteleh mendidih dimasukan kobis yang disiat2. Dan tutup api. Lepas itu masak nasi. Dapur dibersihkan dan dimop.

Seperti hari2 sebelumnya dalam pada kerja2 dibuat, kawan2 pun ada yang ajak mengeteh dan berborak melalaui sms atua pun kol. Seperti biasa yang koling2 adalah Kasim (Sam), Jamri (James), Azhar (Asan), Cikgu Zainal (Abg Z) dan Rashid (Acid, adek abg Z). Semuanya ditolak secara helah dan baik kerana tak de kereta. Akhir2 ini tak hantar isteri ketempat kerja kerana ingin menjimatkan petrol yang sangat mahal ketika ini. Selesai semuanya berehat sebentar sambil menonton TB. Biasalah tengok berita, berita dan berita.

Harap2 bila dia balik hari ini mulut dia terkunci. Sum mum buk mum ump yum pahum la yar giun........
Hehehe.........

0 comments: