BERITA TERKINI

1. Wan Azizah umum letak jawatan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Anwar di ibu pejabat parti itu di sini.

2. Polis selesai siasatan kes liwat Anwar: Syed Hamid

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu peribadinya. Beliau berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat dan terserah kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.


3. Cucu Lt Adnan harap Hari Pahlawan diberi suntikan baru


SHAH ALAM: Seorang cucu Leftenan Adnan mahu sambutan Hari Pahlawan perlu diberi suntikan baru bagi menyedarkan generasi muda mengenai pengorbanan pahlawan negara.
Wan Suhami Zainuddin, 38, berkata sesuatu perlu dilakukan bagi menyedarkan generasi muda yang kurang peka atau tahu mengenai sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara selama hampir 500 tahun Malaysia dijajah. “Dalam soal ini, saya amat sedih,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini. Wan Suhaimi, seorang pengurus kanan bank, berkata beliau berasa terharu kerana dijemput sebagai wakil Allahyarham datuknya itu oleh kerajaan negeri menghadiri upacara itu bersama-sama anak kelahiran Selangor lain yang menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), iaitu Deputi Superintendan Sia Boon Chee dan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) Komander (TLDM) Anuar Alias, Mejar (B) Neville Sibel dan Sub Inspektor (B) Mohd Mashkor Murad. Lt Adnan Saidi, satu lambang keberanian tentera, mati dibunuh oleh tentera Jepun pada Februari 1942 dalam Perang Dunia Kedua semasa mempertahankan Bukit Candu di Singapura. Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran Datuk oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2001. Wan Suhaimi berkata berkata tidak banyak yang dapat diketahuinya mengenai kisah hidup Lt Adnan kerana semasa datuknya meninggal dunia, bapanya, Zainuddin, baru berusia dua tahun manakala nenek beliau (isteri Adnan), Sapiah Pakih Sutan, meninggal dunia lima tahun selepas Lt Adnan meninggal dunia. Zainuddin serta seorang bapa saudaranya, Mokhtar, dibela oleh seorang emak angkat dikenali Nenek Normah, yang bekerja sebagai tukang masak di Kem Rejimen Askar Melayu di Port Dickson. Wan Suhaimi terkilan kerana beliau dan bapanya masih tidak tahu di mana kubur Lt Adnan di Singapura dan nama datuknya tidak ada dalam senarai anggota tentera yang disemadikan di Memorial Perang Keranji di Singapura. Lt Adnan dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang, pada 1915. Kisah perjuangan dan keberanian beliau pernah difilemkan. — Bernama

4. Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai

KUALA LUMPUR 30 Julai – Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan bersumpah dengan al-Quran dalam masa terdekat bagi membuktikan dirinya pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu sebaik saja siasatan polis selesai. Bekas pembantu Anwar itu menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk memfitnah dan menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila membuat laporan polis pada 28 Jun lalu dengan mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh Anwar. Kesediaan beliau bersumpah itu yang bertujuan semata-mata bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya telah diliwat oleh Anwar diberitahu kepada peguamnya, Zamri Idrus. Mohd. Saiful, 23, akan melakukan upacara bersumpah mengikut Islam itu sejurus siasatan polis terhadap kes itu selesai tidak lama lagi. Zamri dalam satu sidang akhbar di sini petang ini memberitahu, ketegasan Mohd. Saiful untuk bersumpah dengan al-Quran itu dinyatakan sendiri kepada beliau baru-baru ini. Malah, tambah Zamri, anak guamnya itu mempunyai bukti kukuh bahawa dirinya memang telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut. “Saya akan maklumkan kepada media dalam masa terdekat ini tentang bila (Mohd. Saiful) akan bersumpah,” katanya. Dalam pada itu, Mohd. Saiful dalam satu kenyataan bertulis yang ditandatanganinya yang dibacakan oleh Zamri memberitahu: “Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.” Dalam perenggan awal kenyataan itu, Mohd. Saiful yang tidak hadir pada sidang akhbar berkenaan atas sebab-sebab keselamatan berkata: “Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar... saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis untuk membawa individu terlibat ke muka pengadilan.” Sementara itu, Zamri berkata, bekas pembantu Anwar itu kini tinggal bersama bapanya dan diletakkan di bawah jagaan polis. Beliau menafikan Mohd. Saiful berada di luar negara. Zamri juga memberitahu, anak guamnya itu belum dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk diambil keterangan berhubung laporan Anwar yang menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf. Katanya, Mohd. Saiful sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Jawi jika dipanggil memberi keterangan.

5. Accused terrorists kept receipts for common fund (The Australian Post)

MEMBERS of an alleged Muslim terrorist cell would not have been so preoccupied in keeping receipts for the money the group spent if it was really pursuing violent jihad, a jury was told today. Defence barrister Julian McMahon told Australia's largest terrorist trial that keeping receipts would simply have provided a "paper trail" for police if and when they raided the group. He said the keeping of receipts for money spent from the group's common fund should "scream out" that it was not engaged in terrorism. Members of the group, including the alleged "treasurer" Ahmed Raad, 25, were caught during a secretly recorded conversation in 2005 discussing the need to keep receipts for all the money spent from the common fund or "sandooq". Mr McMahon, who is defending Mr Raad, told the Victorian Supreme Court that his client was not the group's treasurer, but simply looked after the cash held in the fund. He said that there was no evidence to show the sandooq was intended to be used in the pursuit of violent jihad, as the prosecution had alleged. Keeping such funds for charitable purposes or to advance Islam was common amongst Muslim community groups, Mr McMahon said in his closing address to the jury. Mr McMahon said his client had simply "talked tough" when he said during another secretly bugged conversation that the group needed money to buy weapons.
He asked the jury not to judge Mr Raad on a "throwaway line" made during a late night conversation. Mr Raad and 11 other Melbourne Muslim men have pleaded not guilty to a range of terrorism charges, including knowingly belonging to a terrorist organisation. The hearing before Justice Bernard Bongiorno continues.

CUACA DI AUSTRALIA

Thursday's forecast for Victoria
July 31, 2008
Now Thu Fri Sat Sun











Ballarat
3-11C
Bendigo
3-14C
Horsham
4-15C
Latrobe Valley
1-15C
Melbourne
8-15C
Mildura
6-18C
Mt Hotham
-4-0C
Orbost
3-17C
Seymour
3-14C
Wangaratta
1-15C
Current Temperatures Ballarat: 6.2°C
Bendigo: 3.5°C
Horsham: 2.0°C
Latrobe Valley: 4.4°C
Melbourne: 10.7°C
Mildura: 4.9°C
Orbost: 6.7°C
Seymour: 7.8°C
Wangaratta: 6.3

Thursday's forecast for Australia
July 31, 2008









Adelaide
10-16C
Brisbane Ap
5-22C
Canberra
-3-13C
Darwin
20-31C
Hobart
2-12C
Melbourne
8-15C
Perth
6-16C
Sydney
6-19C
Search Weather Home Radar

BERITA BAIK

Gaji RM2,000 boleh tangguh bayar PTPTN

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji RM2,000 dan tinggal di ibu kota juga berpeluang menikmati penangguhan pembayaran balik pinjaman itu selepas kerajaan menimbang untuk menilai cadangan tersebut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, tangga gaji sebanyak itu memang kecil dengan kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung, apatah lagi menetap di ibu kota.

"Cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana kos hidup di bandar jauh lebih tinggi tetapi ia (tangguh pembayaran PTPTN) perlukan perincian terlebih dahulu agar tiada pihak menjadi mangsa.

"Ini kerana kita tidak mahu, dalam usaha memberi terlalu luas 'peluang' kepada peminjam ia akan membebankan pula PTPTN,'' katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Program Sekolah Kluster-Universiti di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), yang meminta kerajaan menilai meningkatkan kadar tangga gaji dari RM1,500 kepada RM2,000.

Malaysian Today

Son of Binary UC Vice-Chancellor attacked in Melbourne
Tuesday, 29 July 2008 12:36
Kevinra Joseph, a 19 year old Malaysian student and the son of Professor Datuk Joseph Adaikalam, the vice-chancellor of Binary University College was badly beaten up by 4 men in Melbourne and had suffered some serious head injuries. He emerged from his induced coma and is believe to be recovering after was beaten up by the four individual when he was walking alone at 2.50am in Little Lonsdale Street. He lied unconcious before some passers-by spotted him. His father said “Surgeons have found bleeding in Kevinra’s brain. He has memory loss and is confused and traumatised. He was talking to his cousin on the handphone when the attack took place. His cousin was still on the phone and could hear the screams and the whole attack.”

My comment:-
Why Kevinra walk alone in the night at 2.50 am?

THE PICTURE WILL TELL ALL

ap cer..?
ad persamaan ark wajah sye dgn ank bungsu sye..?
ahahahha:p
i know..i know..he stole my looks n he doesnt want 2 give it 2 me back...
i'm really mad at him for stealing it...
arh....KEMARAHAN TAHAP





ini adalah isteri tercinta sye yg d gelar Baby lily..:p
spe2 nk merampaskarn dier daripade jagaan sye...?
cish langkah rumahku dahulu..:D






oh ank kesayanganku...!!! knape kah kmu pergi tanpe menggemas bju2 ini...?
oh tidak..!!!
penghuni2 pemalas d dlm umah tidak bermaye melakukarn nye..:p
hahahhahah!!!




Johan adlah ank bungsu sye...beliau punye wajah seperti sye d mse mude2 dahulu...:D
hahahha...knape xpercaye..?





nie lah kucing yg d gelar sbgai KIMI..
beliau manje n sedang usehe utk mnjdi AddMath Master:p


TAMBAHAN

Seorang pelajar Malaysia yang berlajar di RMIT, Melbourne telah dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada jam 3.30 pagi waktu tempatan.

Pastinya pelajar itu bukannya Joann Johani. Pelajar itu adalah seorang budak lelaki India.
Alhamdullilah.

BERITA MUTAKHIR

Berita semalam mengatakan Bandaraya Sydney, Australia telah dilanda salji. Sydney pernah mengalami hujan salji 170 tahun yang lalu. Orangramai keluar sambil bermain salji dan keadaan suhu adalah 8 degree celcius.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyarankan agar muzabalah diantara PAS UMNO dibuat secara menang2. Untuk kebaikan orang Melayu dan Agama Islam, parti UMNO dan PAS mesti lah dibubarkan.

Bekas Ketua Pemuda parti Keadilan Rakyat yang menyerti UMNO baru2 ini, Mohd Ezam sanggup bertanding untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam pilihanraya kecil Bandar Tun Razak yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Nik Sapiah dipanggil untuk mempertahankan diri bagi kes mencederakan Tun Dr Mahathir Mohammad diKelantan dua tahun yang lalu.

Pemilihan calun President Amerika hanya tinggal 99 hari lagi.

Temasya Sukan Olimpik Beijing tinggal 11 hari lagi.

Kereta Mercedes C200 Kompressor yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu masih digunakan oleh semua exco Terengganu walaupun arahan kerajaan pusat telah dibuat supaya kereta tersebut hanyalah untuk digunakan oleh tetamu sahaja.

BORAK BORAK DIKEDAI KOPI

Petang tadi jam 6.30 petang cikgu Zainal ajak mengeteh dikedai mamak PJ. Seperti biasalah kalau dia yang mengajak, dia kena jemput kat rumah. Tepat jam 6.30 petang cikgu Zainal pun sampailah depan rumah. Berjanji dengan cikgu Zainal yang paling best sekali ialah pasal masa. Beliau jarang sekali tidak menepati masa apabila membuat janji. Sebab itulah agaknya persahabatan kami berdua terjalin dengan baiknya.

Dalam perjalanan kekedai mamak, beliau ada mengatakan bahawa beliau ada membuat temujanji dengan seorang kawan. Kawan tersebut ingin menyewa padang sekolah beliau untuk tujuan melatih kanak2 bermain bolasepak. Berbual punya berbual maka sampailah kami kedestinasi yang dijanjikan iaitu kedai mamak PJ Permas Jaya 6. Sebenarnya kami jarang mengeteh disitu. Biasanya apabila sahaja sebut mengeteh dikedai mamak PJ, ialah kedai mamak Nasi Kandar Kota belakang Jusco. Tapi kali ini berpindah pot pulak.

Sampai disitu, melihat lauk pauk nasi kandar yang bermacam2, perut pun terasa lapar yang teramat sangat. Maklumlah dari pagi tadi hanya makan maggie mee sahaja. Apalagi mintak nasi ambil lauk ikan kembong asam pedas dan babat masak lemak. Minumannya ialah 100 plus(dua tin).

Sepanjang menjamu selera, kawan cikgu Zainal pun sampai. Orang India muda. Dia pun ceritalah pasal akademi bolasepak yang dia kendalikan. Dia adalah Pengurus dari sebuah syarikat yang membuat kerja2 melatih kanak2 yang berumur antara 4 hingga 12 tahun bermain boleh sepak secara teknikal dan tektikal. Oleh kerana perut lapar, saya teruskan makan sahaja sambil mendengar cerita mereka.

Setelah habis makan, perut pun dah kenyang, saya pun mencelah dan memulakan mukadimah saya tentang bolasepak diMalaysia. Budak India itu dan cikgu Zainal pun terdiam sejenak apabila saya bercerita tentang bolasepak Malaysia dari tahun 1971 hingga sekarang. Nama2 seperti penjaga gol Malaysia A. Arumugam, bek kiri Soh Chin Aun, bek kanan Santok Singh, half back Namat Abdullah dan Abdah Aliff, wing kiri Muhidden, wing kanan Hassan Sani, striker Mokhtar Dahari dan James Wong serta midfield Shukur Salleh semua saya cerita satu persatu.

Sejarah stadium Merdeka yang menyaksikan pasukan Malaysia menewaskan England B dalam satu perlawanan menarik dengan kemenangan kepada pasukan Malaysia dengan gol 1-0 juga saya ceritakan kerana pada masa itu saya sama2 berada distadium Merdeka pada tahun 1976. Mokhtar Dahari yang menjaringkan gol ketika itu dengan menewaskan penjaga gol England yang handal dan pernah bermain dengan skuad piala dunia iaitu Gorden Bank. Super Mokh! itulah gelaran yang Mokhtar Dahari dapat dari pengurus pasukan England ketika itu dan nama serta gambar beliau terpampang dimuka hadapan akhbar SHOOT di England.

Berbalik semuala saya bercerita mengenai bolasepak Piala Malaysia dari tahun 1971 hingga sekarang, diceritakan dengan secara terperinci. Kedua dua kawan tadi hanya mendengar dengan penuh minat ataupun sebaliknya. Tapi itu semua tak penting. Yang lebih penting ialah budak India tadi sudah tidak mahu lagi bercerita tentang bolasepak secara akademik tetapi mengalihkan cerita pasal nak sewa padang sekolah sahaja.

Saya pun diam ajalah. Jam 7.30 setelah budak India tu bayar makan dan minuman saya serta cikgu yang hanya minut teh kosong, kami pun pulanglah kerumah.

Begitulah sepetang mengeteh di PJ.

HARI MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Seperti biasa, malam minggu pulang lewat hingga kepagi, dan sudah tentunya hari minggu bangun pun lewat juga. Sebelum bangun jam 11.30 pagi, sibudak yang bernama Johan masuk kebilik. dah bersiap2 pakai pakaian formal sambil bersikat dan bersolek. Ibarat pepatah, terkilas ikan diair, sudah ku tahu jantan betinanya!
" Ayah abang nak g library" disambung lagi "Mintak duit 10 ringgit buat tambang" Hah itu lah dia yang sebenar2nya yang dihajatinya. Mula2 raba kocek ada 6 ringgit. Pas tu raba lagi, ada lagi tiga ringgit. Bagilah, apa nak buat. Johan pun senyum dan salam cium tangan dan terus keluar.

Selepas Johan keluar, maka bermulah agenda hari Ahad yang membosankan. Bangun aja dari katil, Pn Salamah pun sudah ada didepan TV menonton astro. Kain baju berlonggok dihadapan beliau untuk dilipat. Menimbun tinggi macam gunung tapi belum dilipat lagi.
Seperti biasa telefon bimbit pun di aktifkan. Ada mis kol dari Jamri pukul 3.35 pagi. Ada message dari cikgu Zainal ajak mengeteh. Dah lewat diam aja lah.

Kira2 pukul 12.30 Along kol suruh beli surat khabar kerana ada iklan askar keluar hari ini. Pn Salamah pun sibuk suruh keluar beli surat khabar. Suruh memang senang, tetapi kenapa Pn Salamah tak keluar aja beli surat khabar??? Pn Salamah pun dah siap mandi dan duduk aja dari pagi sambil menonton TV. Kerja2 melipat baju pun belum dibuat lagi. Tapi cakap2 macam ini hanyalah didalam hati aja. Nak cakap betul2 takut bertekak pulak jadinya. Jadi tanpa membuang masa, terus mandi dan keluar beli surat khabar di 7 Eleven PJ. Utusan Malaysia harganya 2 ringgit terasa mahal pulak sebab dah lama tidak membelinya. Baca akhbar semuanya hanya melalui internet. Baca akhbar seluruh dunia tau.

Setelah iklan askar dibacakan kat along secara ringkas, terus kedapur masak maggie mee. Makan...........

NASIB REMAJA LELAKI MELAYU

Beberapa orang pakar telah membuat bancian terhadap peratusan pelajar lelaki yang memasuki pusat2 pengajian tinggi awam diMalaysia baru2 ini. Bancian tersebut telah diserahkan kepada kerajaan untuk dikaji dan diselidik secara terperincian. Di Malaysia kini terdapat 22 buah Universiti Awam dan berpuluh2 lagi University Swasta. Dari kajian tersebut hanya terdapat 35% sahaja terdiri dari pelajar lelaki di IPTA. Selebihnya iaitu 65% adalah pelajar perempuan. Mengikut kajian itu lagi di IPTS juga perangkaannya juga adalah hampir sama.

Walaubagaimana pun, dipusat2 kemahiran, pelatih2 lelaki adalah 80% dari pelatih2 perempuan. Dari kajian tersebut maka sahlah bahawa pelajar lelaki memang tidak berminat didalam bidang akademik dan lebih cenderung pada bidang kemahiran. Kebimbangan tersebut dirasakan akan bertambahnya ketua2 dari kaum wanita yang akan membanjiri pejabat2 kerajaan maupun swasta jika ianya tidak dikekang dengan lebih professional dari sekarang. Ketidak seimbangan jantina di pasaran perkerjaan akan berlakunya prajudis dikalangan pekerja.

Anak lelaki Pn Mariah Samad, Pengurus HR Telekom Malaysia Johor Bahru, baru2 ini terlibat dalam kemalangan motosikal disekolahnya iaitu di sekolah Tmn Perling. Anak beliau berumur 16 tahun dalam tingkatan 4 tidak mempunyai lesen memandu. Dua minggu lepas disekolahnya, beliau meminjam motosikal kawannya yang tidak mempunyai road tax dan insuran. Beliau bermain2 dengan motosikal tersebut dikawasan sekolah dan terkeluar sekolah. Oleh kerana terlalu seronok menaiki motosikal, beliau telah terlanggar seorang anak cina perempuan tingkatan dua disekolah tersebut. Anak cina tersebut adalah anak tunggal dari satu keluarga cina yang senang juga di Tmn Perling. Anak cina tersebut parah dan meninggal dunia.

The moral of the story. Budak lelaki suka pada motosikal dan suka bermain. Tidak pernah berfikir tentang keselamatan diri dan orang lain. Dan yang paling penting tak pernah fikir tentang kesusahan yang akan dihadapi oleh ibu bapa. Sebab itulah agaknya budak lelaki kurang di IPTA. Johan oh Johan, tolong fikir2 lah.
Kempen jimat cermat oleh kerajaan secara tak langsung terikut2 juga oleh saya. Kesan dari kenaikan harga petrol yang mendadak, sekarang ini perjalanan dengan menggunakan kenderaan sendiri dibuat lebih berhati2 dan terhad. Maksudnya berkongsi kenderaan apabila keluar mengeteh dan merancang destinasi yang paling dekat dari rumah. Yang paling jimat sekali adalah tidak keluar menghantar Johan dan Pn Salamah pergi dan balik ketempat kerja. Kira2 kos petrol yang dapat dijimatkan hanya dengan berbuat demikian sekitar 30% hingga 4

Kelmarin, masa dihabiskan sehari suntuk dirumah sahaja. Pada sebelah pagi, kerja kerja menyedai baju dilakukan lebih awal kerana ditakuti hujan akan turun pada sebelah tengahari. Selepas kerja2 yang tak suka dibuat itu selesai, berehat sebentar sambil menonton TV dan bermain game tetris. Seperti biasa rancangan yang diminati adalh berita semasa dalam dan luar negeri. Selepas itu kerja kerja dapur pun bermula. Merebus lada kering untuk di blend kemudian. Tetapi malangnya lada kering yang direbus hangus kerana tak perasaan ketika menonton TV. Walaubagaimana pun lada yang separuh hangus itu di blend juga. Selepas itu sambal ikan bilis pun siap dimasak. Nasi juga siap dimasak sebelah petang. Selesai kerja dapur. Lega.

Sedang sibuk2 kat didapur tiba2 hujan pun turun dengan lebatnya. Nasib baik kain baju yang telah kering dapat diselamatkan dengan segera.Kalau tidak pasti Pn Salamah bermasam muka apabila kembali dari kerja kelak.

Sebelah petang kerja2 Plan And Design untuk Melaka Metro Ring dilakukan dengan mengedit lukisan yang telah dibuat oleh Johan. Straight Line Drawing dan Cable Piece List juga siap dibuat. Sedang kerja2 dibuat si Uteh pulak mintak topup maxis rm30. Dalam pada itu si Angah pulak menghantar sms, menyenaraikan kos perbelanjaan lawatan sambil belajar di Melbourne dan Sydney. Kos keseluruhan mencecah rm3k. Senyaum aja la nak buat macamana.

Dalam pada itu seperti biasa kawan2 rapat, ada yang menge kol dan ada yang meng sms. Memang dah jadi lumrah agaknya kol dan sms berlaku pada setiap masa dihari ini. Kalau orang yang tak faham dan tak tahu, mungkin meng kol dan meng sms rakannita agaknya.

Pening mengenangkan si Angah tak dapat2 lagi no telefon si Quek Yee Nam di Melbourne, cuba2 nasib tanya no telefon rumah beliau di JB melalui 103. Tiba2 dapat dan terus telefon. Yang lucunya si Quek kini ada di JB kerana pulang berehat selama 3 bulan. Tak tahan sejuk agaknya di Melbourne. Tapi kata dia nak jumpa kawan2 lama aja. Hehehe....

Sebelah malam hujan turun dengan lebatnya. Cita2 nak mengetah dibatalkan. Kol 12 malam masuk tidur.

AGENDA MALAM

Sebelah malam seperti biasa selepas solat maghrib, duduk dihadapan TV untuk menunggu dengan minat siaran Warta Berita yang disiarkan melalui TV3. Lazimnya amalan ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang dulu tanpa gagal. Minat mengikuti hal ehwal semasa dalam negeri mau pun diluar negeri tidak boleh dipertikaikan. Lebih2 lagi cerita2 menarik waktu kini yang berkaitan dengan politik dalaman semasa. Cerita pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz C200 kompressor oleh kerajaan Negeri Terengganu, adalah cerita yang paling terkini. Disamping itu cerita mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih atau Pedro Branca yang mana kerajaan Singapura menuntut hak perairan yang lebih luas menjadi tajuk panas semasa. Berita muzakarah UMNO PAS, Kes liwat Anwar Ibrahim, Kenaikan harga Petrol yang tinggi, Masalah Kerajaan BN yang lemah, Kes lompat parti dan banyak lagi cerita2 semasa, juga sangat menarik untuk diketahui dan dibahaskan.

Bagi berita luar negara pula yang paling menarik sekali ialah berita penangkapan bekas perdana menteri tanah jajahan Yugoslavia iaitu Bosnia/Serbia. Beliau menyamar menjadi doktor perubatan selama 14 tahun dan bebas hidup di Bosnia sebelum ditangkap dan dituduh kerana membunuh lebih 3 juta penduduk yang beragama Islam. Persaingan kempen calon President Amerika Obama/McCanne juga menarik. Pada masa ini Obama sedang membuat lawatan sambil bekempen di Isreal setelah beliau ke Afganistan dan Iraq.

Sedang asyik menonton berita tiba2 hp pun berbunyi. Bukan ringging call tetapi message call. Dah dapat diduga sipemanggilnya. Terkilas ikan dilaut, sudah ku tahu jantan betinanya. Jiran belakang rumah lah Cikgu Zainal atau Abang Z. Seperti biasa mempelawa mengeteh kerana boring duduk dirumah diwaktu malam alasannya.

Jam 9 tepat beliau dah sampai didepan rumah. Apabila ditanya kemana? beliau menjawab nyanyi lah. Hehehe...... Maka ke Senibong lah untuk melepaskan tension sambil menyanyi suka2 disebuah karaoke terbuka. Malam itu Pelanggan tidak ramai maka dapatlah yanyi lebih kurang 5 lagu seorang sebelum pulang jam 11 malam.

Sampai dipintu pagar, rumah sudah gelap gelita. Tetapi bilik atas masih terang. Mungkin Johan tengah belajar atau pun berangan2 nak belajar kat MMU atau pun dia dalam alam fantasi. Puan Salamah mungkin sudah sampai keMelbourne. Hehehe.........

Tengok TV sekejap dan pukul 12.30 masuk tidur.

SENYUMAN PUAN SALAMAH

Hari ini Pn Salamah pulang agak lewat iaitu jam 6.50 petang. Hantar Johan gunting rambut. Bila dia sampai aja, dia terpandang kain dah tersidai. Mukanya senyum aja. Katanya perut lapar nak makan. Terus kedapur, senyum lagi, makanan dah siap dimasak. Terus ceduk nasi dan lauk dan makan. Biasalah makan depan TV, terpandang rumah bersih. Senyum lagi.

Tiba2 bila kedapur semula bising pulak. Riuh memanggil Johan. Apa pulak yang tak kena dalam hati bertanya. Rupa2nya bukannya apa, orang tak angkat sampah hari ini. Laaa legas..... Diperintahnya Johan mengumpulkan sampah2 yang diserakkan oleh anjing dengan segera. Biasalah macam baca skrip yang telah diulang2 beribu kali "OK". Tapi terus naik atas.

Hehehe........

SIDAI BAJU

Hari ini dalam sejarah!
Mengomel, mengomel dan terus mengomel sebaik saja masuk kerumah pulang dari kerja petang semalam. Pening juga rasanya bila si isteri terus menerus beleter. Isunya kecik aja. Tak sidai baju yang telah diletakkan dalam baldi kat depan pintu.
Maka hari ini pun terjadilah satu sejarah dalam hidup. Tak mau bising lagi, pagi2 lagi baju dan kain pun disidailah. Doa banyak2 supaya tak ada orang yang lalu lalang depan rumah yang menegur dan hari tak hujan.
Dah tak ingat lagi, bilakah hari terakhir kerja2 menyidai baju dibuat. Oleh kerana sudah terlalu lama, anggarannya adalah lebih 20 tahun! Sebenarnya kerja menyidai baju adalah kerja yang kebanyakan suami biasa tak buat. Kerja ini ibarat kerja "Queen Control" selain kerja2 melipat baju. Sebenarnya kerja ini tak ada apa2 pun, tetapi oleh kerana ianya dibuat diluar rumah maka nampaklah ianya semacam kena dera dengan isteri. Ianya lain dari kerja pergi kepasar, kemas rumah, masak memasak dan sebagainya.

Dah alang kepalang kerja2 sidai baju selesai, maka diteruskanlah kerja mengemas rumah. Walaupun tak seberapa, tetapi ok jugalah. Nampak kemas juga bila Puan Salamah pulang dari kerja nanti. Harap2 kali ini tak berleter lagilah.

Sesudah kemas mengemas dan sapu menyapu selesai dibuat, terus kedapur dan mulakan kerja memasak. Kerja ini memang kerja yang paling diminati sejak berpuluh2 tahun dahulu. Hari ini masak kari kambing ala Nasi Kandar Penang. Dimulakan dengan mengupas bawang dan sebagainya. Dimulakan dengan merebus empat biji telur ayam. Petik daun kari dalam pasu. Daging kambing pun dikukus atas dapur. Setelah periuk dipanaskan, dimasukkan bawang, halia dan lada merah dan digoreng. Telur yang telah dikupas, digoreng sama. Masukkan rempah kari, kunyit, lada dan jintan manis dan godak sampai berbau. Lepas itu masukkan air asam setengah periuk. Kentang, bawang besar, daging kambing dan daun kari dimasukkan. Seteleh mendidih dimasukan kobis yang disiat2. Dan tutup api. Lepas itu masak nasi. Dapur dibersihkan dan dimop.

Seperti hari2 sebelumnya dalam pada kerja2 dibuat, kawan2 pun ada yang ajak mengeteh dan berborak melalaui sms atua pun kol. Seperti biasa yang koling2 adalah Kasim (Sam), Jamri (James), Azhar (Asan), Cikgu Zainal (Abg Z) dan Rashid (Acid, adek abg Z). Semuanya ditolak secara helah dan baik kerana tak de kereta. Akhir2 ini tak hantar isteri ketempat kerja kerana ingin menjimatkan petrol yang sangat mahal ketika ini. Selesai semuanya berehat sebentar sambil menonton TB. Biasalah tengok berita, berita dan berita.

Harap2 bila dia balik hari ini mulut dia terkunci. Sum mum buk mum ump yum pahum la yar giun........
Hehehe.........

RMIT MELBOURNE

Kata P.Ramlee.......
Tiada kata secantik bahasa,
Untuk ku puji adinda,
Tiada gambar secantik lukisan,
Untuk ku tunjukkan perasaan.

Panik, serba salah, serba tak kena, murung, sedih, bengang, boring, kelam kabut, berdebar2, geram, bingung, hilang punca, meradang, malu...... apa lagi dan lagi dan lagi........
Begitulah yang dirasa dihati oleh seorang bapa dan ibu yang anaknya akan keluar negeri. Tuhan sahajalah yang tahu. Lega dihati sanubari bila penantian yang sangat menyiksakan telah sampai kepenghujungnya. Detik cemas itu berakhir pada 16 Julai 2008 pukul 7 pagi bila saja kelulusan visa Angah telah diluluskan oleh pihak immigresen Australia melalui internet. Maka persiapan yang sebenarnya pun bermulalah kerana besok 17 Julai tepat jam 8.15 malam Angah akan berangkat ke Melbourne, Australia. Berita baik tersebut terus dipanjangkan kepada isteri yang tersayang, Angah, Along dan Uteh melalui setelit persendirian.

Lega lega dan lega, Puas puas dan puas. Angah atau Joann ni kalau diikutkan sejarah, banyak sangat "jink" yang dilaluinya. Mula dari dia masuk Kolej Lagenda di Langkawi seminggu sahaja disana. Selepas itu sejarah dia masuk MMU sebulan sahaja. Semuanya ada sahaja yang menghalang dan menyangkak. Tapi kali ini bila nak ke Australia pulak. Pada mulanya, semua berjalan dengan lancar tetapi di akhir2 pemergian, macam2 pula hal berlaku. Tambang tiket naiklah. Tiket kena beli sendirilah. Tapi yang lebih panik pasal visa yang tak dapat lagi sehingga last minit nak terbang.

Walaubagaimana pun alhamdullillah pada Tuhan kerana dengan usaha dan doa seorang ayah yang tidak mengenal penat, jemu dan mengalah, akhirnya berjaya juga Angah membawa payung keluarga Johani Salamah ke Australia. Amin, amin dan amin. Ayahnya percaya kepada kata2 azimat "There Is Nothing Impossible In This World" dan "Never Give Up".

Sebenarnya bukan Angah sahaja yang membawa payung keluarga Johani Salamah, tetapi juga Along, Uteh dan Johan. (Keluarga Johani Salamah sebenarnya telah lama dipinggirkan dan dipandang sepi oleh saudara mara disebelah Wak Usop Mak Itam). Mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat. Setelah Along dapat final result desertation, barulah dunia ini terang di siang hari dan gelap di waktu malam. Rasa macam nak melayang badan. Uteh dan Johan juga kena buktikan kemudian.

Menyambung belajar ke luar negara dengan biasiswa sebenarnya bukanlah satu perkara mudah pada masa ini. Lebih2 lagi persaingan dari dalam adah terlalu ketat. Walaupun Angah cuma dapat belajar di RMIT selama tiga bulan setengah sahaja, tetapi kesannya amatlah besar sekali. Lebih2 lagi apabila Angah memasuki alam pekerjaan. Jika digunakan sepenuhnya masa yang ada, tiga bulan setengah boleh menjadi tiga tahun setengah. Percayalah orang2 yang keluar negara tetapi tidak pandai memunufaatkan masa yang ada, nescaya rugi dan sia2 sahaja.

Maka bermulalah perjalanan dari rumah di Permas Jaya ke Kuala Lumpur pada jam 9 pagi 17 Julai 2008. Johan turut sama dan terpaksa ponteng sekolah selama dua hari. Taskirah yang panjang lebar dan pesanan demi pesanan diberikan oleh Konsultan Bertauliah semasa perjalanan. Entah dengar entah kan tidak tetapi taskirah tetap di jalankan. Singgah diMelaka untuk membawa Uteh bersama. Sebelum itu sempat menziarahi Mak Besah yang sakit di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang. Berbual2 sekejap dengan Pak Bahari sebelum berangkat ke Villa Puchong.

Tepat jam 5 petang ke KLIA. Sampai KLIA jam 5.30 petang. Periksa dalam jam 6 petang bersama 3 lagi orang kawan Angah. Yang paling melucukan adalah boyfriend budak India. Oleh kerana sayang sangat kat girlfriend dia, kita yang pandai ne pun semuanya jadi bodoh macam dia. Berlari kesana berlari kesini. Hehehe...

Jam 8.30 malam pulan ke Puchong Villa. Singgah di IOI Mall jumpa Harun Celcom. Bincang sikit pasal kerja. Sampai di Puchong Villa jam 10.30 malam.

Bangun pagi jam 8.30 pagi. Sudah terima sms Angah dari Sydney. Itulah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dalam perjalanan pulang ke Permas Jaya, belum pun sempat sampai dirumah Angah telah sms lagi dan dah sampai Melbourne. Begitulah dunia sekarang.

Shopping Untuk Angah

Pagi tadi bangun awal iaitu jam 7.30 pagi. Seperti biasa menonton/mendengar berita di TV dan ulasan akhbar2 arus perdana. Berita kegemaran adalah di TV1 Ch 101, TV3 Ch 103, Astro Awani Ch501, Berita Bernama Ch 501, CCTV9 Ch 509, CNN Ch511. Sentiasa memilih berita yang terkini berselang seli tetapi penat sedikit untuk menekan remote control.

Sementara iklan, bukak juga Ch 811, 812, 813, 814, dan 815. Saluran sukan. Tak kira apa sukan didunia ini, semuanya ditonton dengan penuh minat. Lebih2 lagi sukan golf. Tapi perlawanan Tennis Wembeldon dari England yang di pancarkan secara langsung sedang masuk keperingkat suku akhir.

Jam 11 pagi keluar rumah bersama Angah untuk membeli sedikit persiapan pakaian musim sejuk ketika di Melbourne nanti.

Sebelum itu ke Kempas dahulu untuk mengambil cek tunai berjumlah rm3,000.00. Cek di cash kan di RHB Tampoi. Dari Tampoi terus ke Tebrau City untu membeli belah.

Dari Tebrau City beli lagi baju dan jeans Angah di Giant Plentong. Makan hot plate mee bersama Angah sementara menunggu handphone Johan dibaiki. Angah membeli memory kad 1G. Selepas itu terus ke CIMB Permas Jaya untuk memasukkan duit Uteh sebanyak rm100. Dari CIMB terus ke Maybank PJ untuk memasukkan duit rm1,000 untuk Angah.

Selepas itu kepasar TS Mart PJ untuk membeli ikan kembong untuk dimasak kari. Sedang sibuk menyiapkan masakan, terlupa pulak serbuk kari telah kehabisan. Mengarahkan Angah supaya kembali semula ke pasar untuk membeli serbuk kari dan telur.

Jam 4.30 petang Angah keluar rumah untuk menjemput mama ndan Johan pulang dari tuition.

Jam 5 petang kari ikan kembong bercampur terung, bende, tomato dan telur rebus siap dimasak. Nasi pun dah siap dimasak juga. Oleh kerana perut lapar, tanpa menunggu isteri dan anak pulan terus makan. Lazatnya.........

Isteri dan anak2 pulang jam 6.30 petang.

Bersambung.........

ISU2 SEMASA

Seminggu sudah tidak mengemaskinikan Blog. Terasa tidak bertanggung jawab dan bersalah pulak. Manalah tahu ramai peminat2 diluar sana rasa kecewa kerana tidak dapat membaca coretan dari seorang pesara intelek. Sori sori dan sori.

Bukannya sibuk sangat tetapi menyibuk tak tentu arah agaknya.

Minggu2 terakhir ini banyak peristiwa panas dan sensasi yang berlaku.
Antara nya ialah:-

1. Kes Liwat Annuar Ibrahim.
2. Euro 2008.
3. Kes Ian Chin.
4. Sosial Kontrak.
5. Blog Tun Mahathir

Kes Liwat Annuar Ibrahim.....

Mungkin ramai orang diluar sana yang tidak percaya langsung atau separuh percaya sahaja.
Tetapi bagi saya kes ini adalah BENAR! BENAR! dan BENAR! Bukan konsipirasi politik atau sengaja diada2kan oleh pihak2 yang berkepentingan.

Sebenar2nya orang2 yang suka kearah tabiat yang songsang ini kalau mengikut kajian pakar saikologi adalah ramai sekali. Baik lesbian atau pun gay. Dinegara maju jumlah "pesakit2" ini sangat ramai berbanding dinegara kita.

Mungkin di Malaysia perlakuan lesbian mau pun gay tidak digembar gemburkan dimass media tempatan kerana perlakuan ini dianggap jijik, keji dan hina. Mereka2 yang meminum arak, berjudi, rasuah, memakan dadah mahu pun berzina lebih dipandangan mulia dari mereka2 yang melakukan sumbang mahram. Itulah sebabnya perbuatan ini dibuat secara sembunyi2 dari pengetahuan umum. Walaubagaimana pun umum mengetahui tempat2 diMalaysia ini menyediakan perkhidmatan yang terkutuk ini. Banyak orang yang tahu tetapi ramai juga orang2 yang jahil berpura2 tidak mahu tahu ataupun tak mau ambil kisah langsung.

Berbalik kepada Kes Annuar Ibrahim ini saya berpendapat memang tidak dapat ditidakkan kebenarannya. Cuba difikir2kan kembali, sesaorang itu sangat mudah dibabitkan dengan kes2 rasuah, judi, perempuan dan sebagainya kerana perkara2 tersebut memang lumrah dilakukan di Malaysia mau pun dinegara2 lain. Tetapi bagi kes Liwat Annuar Ibrahim, adalah amat susah untuk direka2 jika perkara itu tidak benar. Dan kes ini pun telah berlaku bagi kali kedua. Saya sangat simpati dengan Tun Mahathir yang berani membawa kes ini ke mahkamah pada tahun 1998, yang mana banyak orang yang terperanjat dan tidak mempercayai langsung. Tetapi apabila kes ini berlaku bagi kali keduanya inshallah lebih ramai lagi orang akan membuka mata dan mempercayai akan kebenarannya. Syabas Tun!

Kalau kita perhatikan modus operandi kes ini memang kita terus terang percaya akan kebenarannya. Apabila sahaja Saiful Bukhari membuat lapuran polis, Annuar sembunyi di kediaman Duta Turki. Kenapa dia sembunyi???? Kata dia dia takut kena bunuh kerana dia dapat ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenalinya. Percaya ke seorang pejuang negara, ketua pemimpin parti pembangkang takut kena bunuh. Walhal dalam road-show2 beliau, lagi banyak orang marah dengan beliau kerana ucapan2nya yang lantang,lancang, memaki hamun, memfitnah dan menghasut. Sebenarnya Annuar sembunyi kerana menyusun stratigi untuk melepaskan dirinya dari tuduhan. Itu aja.

Setelah keluar dari tempat persembunyian, seperti biasa beliau menafikan sekeras2nya akan kes tersebut. Kesian isteri dan anak beliau Nurul. Sebagai isteri dan anak yang baik mereka turut sama menafikan dalam press statement walaupun mengetahui perkara ini adalah benar. Tuhan sahajalah yang tahu hati mereka. Lebih2 lagi Datin Seri Wan Azizah(Isteri sahaja lah yang tahu tabiat suami. hehehe........) Membuat laporan polis tentang kes Najib dan Rosmah, Musa Hassan dan Abd Ghani Patail, adalah satu lagi cubaan Annuar untuk melarikan perhatian orang ramai tentang kes liwat ini kepada kes yang lain pula. Orang bodoh pun dapat menangkap dalih yang dibuat Annuar. Beliau sedikit pun tidak mempertahankan kes liwat beliau dengan serius.

Euro 2008

Euro 08 telah pun berakhir dengan Spanyol menjadi Johan dan Jerman kalah dengan satu kosong. Final yang sungguh rancak dan mendebarkan. Tetapi semi final antara Turki dengan Jerman adalah perlawanan yang lebih menarik.

Sekarang sudah tidak berjaga malam lagi sehingga jam 5 pagi. Tetapi oleh kerana sudah terbiasa dengan tidur lewat, akhir2 ini pun tidur lewat juga. Samada mengeteh atau menonton TV sahaja dirumah.

Ian Chin

Ian Chin adalah salah seorang hakim yang dipecat oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi PM pada tahun 1988. Beliau kembali menyerang Tun dua minggu lepas setelah 3 orang bekas Hakim yang juga dipecat menerima Ex gratia. Jumlah ex gratia dirashiakan oleh kerajaan untuk menjaga hati keluarga penerima (Hanya alasan). Orang yang bertanggung jawab dalam hal ini adalah Datuk Zaid Ibrahim yang dulunya sangat benci dengan Tun. Beliau dipecat oleh UMNO kerana politik wang. Datuk Zahid adalah seorang peguam yang sangat kaya dari Kelantan. Firma Guaman beliau adalah yang terbesar di Malaysia. Beliau dilantik oleh Pak Lah menjadi menteri didalam Jabatan Perdana Menteri menjaga undang2 setelah dilantik menjadi senator sebelum itu. Beliau bukan seorang wakil rakyat. Kebencian Zahid terhadap Tun membuatkan beliau menubuhkan Suruhanjaya Tribunal Kehakiaman. Kes video clip Lingam adalah cubaan pertama beliau untuk memalukan Tun. Tun bersama lima lagi orang didapati bersengkongkol dan bersalah tetapi apabila Tun minta dibicarakan, tiada tindakan dibuat. Begitu juga dengan kes Ian Chin, apabila Tun menjawab (di blog beliau) akan penipuan Ian Chin, Zahid berkata tiada laporan polis dibuat dan belia tidak boleh berbuat apa2. Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali dan Pasir Mas (Parti Bebas) membuat laporan polis, Zahid kata tak perlu. Sebenarnya Zahid dah kecut perut. Malam tak tidur agaknya.

Sosial Kontrak

Satu lagi agenda mengarut orang2 bukan Melayu yang membahaskan tentang sosial konrtak ini. Forum ini dianjurkan oleh Majlis Peguam2 Melayu tetapi dibuka kepada Peguam2 bukan Melayu juga. Dari itu orang2 yang bukan Melayu mengambik kesempatan melahirkan rasa ketidakan hati mereka kepada Sosial Kontrak tersebut. Mereka2 semua adalah terdiri dari Peguam2 yang anti kerajaan. Hak2 istimewa orang2 Melayu mahu dikaji semula.

Blog Tun Mahathir Mohammad

Blog ini terlalu panas dan paling popular sekali di Malaysia. Alamatnya adalah www.chedet.com. Banyak maklumat2 yang rakyat tidak tahu sebelum ini didedahkan dan dibicarakan oleh Tun secara terperinci. Macam belajar di Univerisity pulak. Blog ini kalau tak dibaca sehari macam siang tak terang dan malam tak gelap. Bulan ini sudah masuk bulan yang kedua. Pada bulan yang pertama sahaja satu juta pengunjung telah melayari blog Tun termasuk saya. Syabas Tun! Blog ini terus popular kerana keberanian Tun membongkar penyelewengan kerajaan sediada. kalau saya tak bukak bolg Tun saya rasa macam saya keluar rumah tanpa handphone. Begitulah ketagihnya saya dan semua orang yang melayari blog Tun.

Mari kita ramai2 baca blog Tun.

Sekarang dah pukul 2.05 pagi, mata pun mula mengantuk.
Jumpa lagi dilain masa.
Salam sejahtera.