BERITA TERKINI

1. Wan Azizah umum letak jawatan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Anwar di ibu pejabat parti itu di sini.

2. Polis selesai siasatan kes liwat Anwar: Syed Hamid

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu peribadinya. Beliau berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat dan terserah kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.


3. Cucu Lt Adnan harap Hari Pahlawan diberi suntikan baru


SHAH ALAM: Seorang cucu Leftenan Adnan mahu sambutan Hari Pahlawan perlu diberi suntikan baru bagi menyedarkan generasi muda mengenai pengorbanan pahlawan negara.
Wan Suhami Zainuddin, 38, berkata sesuatu perlu dilakukan bagi menyedarkan generasi muda yang kurang peka atau tahu mengenai sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara selama hampir 500 tahun Malaysia dijajah. “Dalam soal ini, saya amat sedih,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini. Wan Suhaimi, seorang pengurus kanan bank, berkata beliau berasa terharu kerana dijemput sebagai wakil Allahyarham datuknya itu oleh kerajaan negeri menghadiri upacara itu bersama-sama anak kelahiran Selangor lain yang menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), iaitu Deputi Superintendan Sia Boon Chee dan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) Komander (TLDM) Anuar Alias, Mejar (B) Neville Sibel dan Sub Inspektor (B) Mohd Mashkor Murad. Lt Adnan Saidi, satu lambang keberanian tentera, mati dibunuh oleh tentera Jepun pada Februari 1942 dalam Perang Dunia Kedua semasa mempertahankan Bukit Candu di Singapura. Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran Datuk oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2001. Wan Suhaimi berkata berkata tidak banyak yang dapat diketahuinya mengenai kisah hidup Lt Adnan kerana semasa datuknya meninggal dunia, bapanya, Zainuddin, baru berusia dua tahun manakala nenek beliau (isteri Adnan), Sapiah Pakih Sutan, meninggal dunia lima tahun selepas Lt Adnan meninggal dunia. Zainuddin serta seorang bapa saudaranya, Mokhtar, dibela oleh seorang emak angkat dikenali Nenek Normah, yang bekerja sebagai tukang masak di Kem Rejimen Askar Melayu di Port Dickson. Wan Suhaimi terkilan kerana beliau dan bapanya masih tidak tahu di mana kubur Lt Adnan di Singapura dan nama datuknya tidak ada dalam senarai anggota tentera yang disemadikan di Memorial Perang Keranji di Singapura. Lt Adnan dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang, pada 1915. Kisah perjuangan dan keberanian beliau pernah difilemkan. — Bernama

4. Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai

KUALA LUMPUR 30 Julai – Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan bersumpah dengan al-Quran dalam masa terdekat bagi membuktikan dirinya pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu sebaik saja siasatan polis selesai. Bekas pembantu Anwar itu menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk memfitnah dan menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila membuat laporan polis pada 28 Jun lalu dengan mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh Anwar. Kesediaan beliau bersumpah itu yang bertujuan semata-mata bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya telah diliwat oleh Anwar diberitahu kepada peguamnya, Zamri Idrus. Mohd. Saiful, 23, akan melakukan upacara bersumpah mengikut Islam itu sejurus siasatan polis terhadap kes itu selesai tidak lama lagi. Zamri dalam satu sidang akhbar di sini petang ini memberitahu, ketegasan Mohd. Saiful untuk bersumpah dengan al-Quran itu dinyatakan sendiri kepada beliau baru-baru ini. Malah, tambah Zamri, anak guamnya itu mempunyai bukti kukuh bahawa dirinya memang telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut. “Saya akan maklumkan kepada media dalam masa terdekat ini tentang bila (Mohd. Saiful) akan bersumpah,” katanya. Dalam pada itu, Mohd. Saiful dalam satu kenyataan bertulis yang ditandatanganinya yang dibacakan oleh Zamri memberitahu: “Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.” Dalam perenggan awal kenyataan itu, Mohd. Saiful yang tidak hadir pada sidang akhbar berkenaan atas sebab-sebab keselamatan berkata: “Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar... saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis untuk membawa individu terlibat ke muka pengadilan.” Sementara itu, Zamri berkata, bekas pembantu Anwar itu kini tinggal bersama bapanya dan diletakkan di bawah jagaan polis. Beliau menafikan Mohd. Saiful berada di luar negara. Zamri juga memberitahu, anak guamnya itu belum dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk diambil keterangan berhubung laporan Anwar yang menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf. Katanya, Mohd. Saiful sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Jawi jika dipanggil memberi keterangan.

5. Accused terrorists kept receipts for common fund (The Australian Post)

MEMBERS of an alleged Muslim terrorist cell would not have been so preoccupied in keeping receipts for the money the group spent if it was really pursuing violent jihad, a jury was told today. Defence barrister Julian McMahon told Australia's largest terrorist trial that keeping receipts would simply have provided a "paper trail" for police if and when they raided the group. He said the keeping of receipts for money spent from the group's common fund should "scream out" that it was not engaged in terrorism. Members of the group, including the alleged "treasurer" Ahmed Raad, 25, were caught during a secretly recorded conversation in 2005 discussing the need to keep receipts for all the money spent from the common fund or "sandooq". Mr McMahon, who is defending Mr Raad, told the Victorian Supreme Court that his client was not the group's treasurer, but simply looked after the cash held in the fund. He said that there was no evidence to show the sandooq was intended to be used in the pursuit of violent jihad, as the prosecution had alleged. Keeping such funds for charitable purposes or to advance Islam was common amongst Muslim community groups, Mr McMahon said in his closing address to the jury. Mr McMahon said his client had simply "talked tough" when he said during another secretly bugged conversation that the group needed money to buy weapons.
He asked the jury not to judge Mr Raad on a "throwaway line" made during a late night conversation. Mr Raad and 11 other Melbourne Muslim men have pleaded not guilty to a range of terrorism charges, including knowingly belonging to a terrorist organisation. The hearing before Justice Bernard Bongiorno continues.

0 comments: