BORAK BORAK DIKEDAI KOPI

Petang tadi jam 6.30 petang cikgu Zainal ajak mengeteh dikedai mamak PJ. Seperti biasalah kalau dia yang mengajak, dia kena jemput kat rumah. Tepat jam 6.30 petang cikgu Zainal pun sampailah depan rumah. Berjanji dengan cikgu Zainal yang paling best sekali ialah pasal masa. Beliau jarang sekali tidak menepati masa apabila membuat janji. Sebab itulah agaknya persahabatan kami berdua terjalin dengan baiknya.

Dalam perjalanan kekedai mamak, beliau ada mengatakan bahawa beliau ada membuat temujanji dengan seorang kawan. Kawan tersebut ingin menyewa padang sekolah beliau untuk tujuan melatih kanak2 bermain bolasepak. Berbual punya berbual maka sampailah kami kedestinasi yang dijanjikan iaitu kedai mamak PJ Permas Jaya 6. Sebenarnya kami jarang mengeteh disitu. Biasanya apabila sahaja sebut mengeteh dikedai mamak PJ, ialah kedai mamak Nasi Kandar Kota belakang Jusco. Tapi kali ini berpindah pot pulak.

Sampai disitu, melihat lauk pauk nasi kandar yang bermacam2, perut pun terasa lapar yang teramat sangat. Maklumlah dari pagi tadi hanya makan maggie mee sahaja. Apalagi mintak nasi ambil lauk ikan kembong asam pedas dan babat masak lemak. Minumannya ialah 100 plus(dua tin).

Sepanjang menjamu selera, kawan cikgu Zainal pun sampai. Orang India muda. Dia pun ceritalah pasal akademi bolasepak yang dia kendalikan. Dia adalah Pengurus dari sebuah syarikat yang membuat kerja2 melatih kanak2 yang berumur antara 4 hingga 12 tahun bermain boleh sepak secara teknikal dan tektikal. Oleh kerana perut lapar, saya teruskan makan sahaja sambil mendengar cerita mereka.

Setelah habis makan, perut pun dah kenyang, saya pun mencelah dan memulakan mukadimah saya tentang bolasepak diMalaysia. Budak India itu dan cikgu Zainal pun terdiam sejenak apabila saya bercerita tentang bolasepak Malaysia dari tahun 1971 hingga sekarang. Nama2 seperti penjaga gol Malaysia A. Arumugam, bek kiri Soh Chin Aun, bek kanan Santok Singh, half back Namat Abdullah dan Abdah Aliff, wing kiri Muhidden, wing kanan Hassan Sani, striker Mokhtar Dahari dan James Wong serta midfield Shukur Salleh semua saya cerita satu persatu.

Sejarah stadium Merdeka yang menyaksikan pasukan Malaysia menewaskan England B dalam satu perlawanan menarik dengan kemenangan kepada pasukan Malaysia dengan gol 1-0 juga saya ceritakan kerana pada masa itu saya sama2 berada distadium Merdeka pada tahun 1976. Mokhtar Dahari yang menjaringkan gol ketika itu dengan menewaskan penjaga gol England yang handal dan pernah bermain dengan skuad piala dunia iaitu Gorden Bank. Super Mokh! itulah gelaran yang Mokhtar Dahari dapat dari pengurus pasukan England ketika itu dan nama serta gambar beliau terpampang dimuka hadapan akhbar SHOOT di England.

Berbalik semuala saya bercerita mengenai bolasepak Piala Malaysia dari tahun 1971 hingga sekarang, diceritakan dengan secara terperinci. Kedua dua kawan tadi hanya mendengar dengan penuh minat ataupun sebaliknya. Tapi itu semua tak penting. Yang lebih penting ialah budak India tadi sudah tidak mahu lagi bercerita tentang bolasepak secara akademik tetapi mengalihkan cerita pasal nak sewa padang sekolah sahaja.

Saya pun diam ajalah. Jam 7.30 setelah budak India tu bayar makan dan minuman saya serta cikgu yang hanya minut teh kosong, kami pun pulanglah kerumah.

Begitulah sepetang mengeteh di PJ.

2 comments:

eheheh
ayah crite pasal akademik
org tu boring laa kot
tu yang terus tukar topic...

Kalau dia boring dia punya pasal lah! Tapi yang penting ayah adalah ayah. Johani adalah Johani. Dia nak tembereng lebih2 dengan ayah tak laku.