UPDATE BLIG

Sebenarnya memang dah lama sangat blog ne tak di update kerana komputer dan modem kena sambar petir. Maka dari itu mulai minggu hadapan blog ini akan di update dari masa kesemasa. Terima kasih.

3rd, 4th n 5th day of EID

Hari Raya ketiga kami tidak kemana2. Duduk dirumah sahaja lagipun Johan pun sakit perut sampai kena pergi keklinik. Walaubagaimana pun pada sebelah petang kawan Along yang sama2 belajar kat sekolah teknik datang kerumah. 4 orang semuanya. Pada sebelah malam pula Kak Normah anak beranak serta cucu2 datang kerumah. Cucu ada 14 orang, orang tua ada 16 orang. Ramai sungguh tapi gembira.

Hari Raya keempat, masih tidak beraya lagi. Duduk sahaja dirumah sebab Johan masih sakit. Pada sebelah petang, kawan Along yang sama2 belajar semasa sekolah rendah (darjah 4) permas jaya datang kerumah bersama suami dan dua orang anak. Pada sebelah malam pula Kak Jeah serta anak2, menantu2, cucu2 dan cicit2 datang kerumah. Ramai sungguh. Dalam pada itu Mak Anjang dari larkin dan anak2, menantu2, cucu2 dan cicit juga datang. Bertambah ramai lah orang dirumah. Hampir 50 orang semuanya.

Hari Raya kelima, beraya ke Bandar Penawar. Kerumah Razak dan Black. Jumpa kawan lama Kai di Desaru Beach Resort sebelum kerumah Hj Rahmat di Kota Tinggi. Sampai rumah jam 8.45 malam. Traffic jam dari KT sampai JB.

anak2 kucing kesayangan
hari raya main2 dengan kucing pun ok juga
mana lah tak mati dilanggar kereta sendiri
kucing memang suka duduk bawah kereta

tidur bawah kereta
hari raya ketiga
mesjid permas jaya dipenuhi oleh warga bangladesh!
geli
cantek sungguh geli
sofea
comel
cantek
tumpang raya
keluarga kak jeah
kamil n azmi
azman n kamil
azlan anak azman
apandi menantu sulung kak jeah
jay
suami lenny (cucu kak jeah) memang suka amik gambar
lagi gambar
mcm nak marhaban bila nak balik
ramai sangat
keluarga anjang
dijamu makan murtabak aja
cucu2 anjang
johan tunjuk internet orang menari rap






3rd day of eid

Pagi2 lagi dah kasi kucing2 kesayangan makan dan keluarkan dari kandang. Sambil itu geli hati juga melihat telatah anak2 kucing bermain sesama sendiri. Yang tak sedapnya lepas bermain anak2 kucing terus masuk bawah kereta dan berehat. Untuk makluman, 9 dari 10 kucing2 peliharan yang telah mati disebabkan kena langar kereta sendiri. Macamana tak kena langgar duduk atas tayar kereta. Tak nampak pun.

Anak2 kucing kita belum ada nama yang sesuai lagi. Ingat yang sekor tu nak bagi nama dia sofea sebab ada orang yang bernama sofea suka kucing. hehehe......

2nd DAY OF EID

Hari raya kedua, Ina Bob dan kawan diaorang yang sama2 belajar kat YPJ datang kerumah pada jam 10 pagi. Tujuan datang adalah untuk mengunjungi Along. Lepas tu diaorang pun keluarlah berhari raya bersama Along kerumah kawan2 diorang yang sama belajar kat YPJ dulu.
Jadi tinggal kami berempat sahaja dirumah. Bincang punya bincang kitaorang pun bergerak ke sungai Tiram untuk berhari raya kerumah Kak Salimah. Oleh kerana kami berempat sahaja kitaorang pun bawak JBJ 42 viva 850 yang baru berusia 3 hari. Kitaorang dijamu makan mee sup dirumah kak Salimah.
Pas tu kitaorang pun ke Bukit Batu iaitu rumah baru Zaini/Enon menantu mak Busu. Mak Busu Jariah adalah adik ipar arwah Mak Itam. Mak Itam adalah mak kita dan atok engkauoranglah. Dibukit Batu kitaorang makan nasi dagang.
Dalam perjalanan pulang kita terus ke Pasir Gudang rumah kawan mama diTaman Dahlia.
Sampai rumah jam 6.15 petang.
snowy: hari raya kena duduk kat rumah
barulah orang sayang
jimmy: nasib aku la kena kurung aja
sebab merayap tak tau nak balik
johan: tugasa gua bersihkan kandang kucing
mama: jadi doktor kucing pagi2 lagi
jimmy: bila agaknya aku akan dibebaskan dari tahanan?
mimi n anak2: lepas makan obat kitaorang mesti bebas

along: budak rajin kemas rumah luar dalam

mama: part time doktor kucing jimmy: aku ingat hari ini pasti aku dibebaskan dari tahanan ISA
mama: makan obat tau
along: hari terang benderang kenalah cepat2 sidai baju
baby ina-bob yang terbaharu bersama uteh

datang beraya dirumah pagi2 lagi
yuyul anak kedua ina bobshamira n siti fatimah
yang kat belakang tu kawan along masa sama2 belajar kat ypj
pegang baik2, anak orang tau
yuyulsiti fatimah
ibu dan ayah siti fatimah
ina bob
dah teringin sangat nak ada cucu ke? shamira lagi shamira
kat umah mak long salimah sungai tiram
mak long salimah kena sakit cikungnya

semua sendi2 lemah

abg mat suami kak salimah

JBJ 42 Viva 850 nak g Felda Bkt Batu
dipandu oleh uteh pulak
rumah Kak Salimah Abg Mat diSungai Tiram
kat tol Kempas menuju ke Bkt Batu rumah Enon (anak bungsu Mak Busu)
dah lama benar tak jengok Mak Busu

hari raya lu orang leh lah jalan2

gua kena kerja tau!

hehehe.........