AGENDA MALAM

Sebelah malam seperti biasa selepas solat maghrib, duduk dihadapan TV untuk menunggu dengan minat siaran Warta Berita yang disiarkan melalui TV3. Lazimnya amalan ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang dulu tanpa gagal. Minat mengikuti hal ehwal semasa dalam negeri mau pun diluar negeri tidak boleh dipertikaikan. Lebih2 lagi cerita2 menarik waktu kini yang berkaitan dengan politik dalaman semasa. Cerita pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz C200 kompressor oleh kerajaan Negeri Terengganu, adalah cerita yang paling terkini. Disamping itu cerita mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih atau Pedro Branca yang mana kerajaan Singapura menuntut hak perairan yang lebih luas menjadi tajuk panas semasa. Berita muzakarah UMNO PAS, Kes liwat Anwar Ibrahim, Kenaikan harga Petrol yang tinggi, Masalah Kerajaan BN yang lemah, Kes lompat parti dan banyak lagi cerita2 semasa, juga sangat menarik untuk diketahui dan dibahaskan.

Bagi berita luar negara pula yang paling menarik sekali ialah berita penangkapan bekas perdana menteri tanah jajahan Yugoslavia iaitu Bosnia/Serbia. Beliau menyamar menjadi doktor perubatan selama 14 tahun dan bebas hidup di Bosnia sebelum ditangkap dan dituduh kerana membunuh lebih 3 juta penduduk yang beragama Islam. Persaingan kempen calon President Amerika Obama/McCanne juga menarik. Pada masa ini Obama sedang membuat lawatan sambil bekempen di Isreal setelah beliau ke Afganistan dan Iraq.

Sedang asyik menonton berita tiba2 hp pun berbunyi. Bukan ringging call tetapi message call. Dah dapat diduga sipemanggilnya. Terkilas ikan dilaut, sudah ku tahu jantan betinanya. Jiran belakang rumah lah Cikgu Zainal atau Abang Z. Seperti biasa mempelawa mengeteh kerana boring duduk dirumah diwaktu malam alasannya.

Jam 9 tepat beliau dah sampai didepan rumah. Apabila ditanya kemana? beliau menjawab nyanyi lah. Hehehe...... Maka ke Senibong lah untuk melepaskan tension sambil menyanyi suka2 disebuah karaoke terbuka. Malam itu Pelanggan tidak ramai maka dapatlah yanyi lebih kurang 5 lagu seorang sebelum pulang jam 11 malam.

Sampai dipintu pagar, rumah sudah gelap gelita. Tetapi bilik atas masih terang. Mungkin Johan tengah belajar atau pun berangan2 nak belajar kat MMU atau pun dia dalam alam fantasi. Puan Salamah mungkin sudah sampai keMelbourne. Hehehe.........

Tengok TV sekejap dan pukul 12.30 masuk tidur.

0 comments: