RMIT MELBOURNE

Kata P.Ramlee.......
Tiada kata secantik bahasa,
Untuk ku puji adinda,
Tiada gambar secantik lukisan,
Untuk ku tunjukkan perasaan.

Panik, serba salah, serba tak kena, murung, sedih, bengang, boring, kelam kabut, berdebar2, geram, bingung, hilang punca, meradang, malu...... apa lagi dan lagi dan lagi........
Begitulah yang dirasa dihati oleh seorang bapa dan ibu yang anaknya akan keluar negeri. Tuhan sahajalah yang tahu. Lega dihati sanubari bila penantian yang sangat menyiksakan telah sampai kepenghujungnya. Detik cemas itu berakhir pada 16 Julai 2008 pukul 7 pagi bila saja kelulusan visa Angah telah diluluskan oleh pihak immigresen Australia melalui internet. Maka persiapan yang sebenarnya pun bermulalah kerana besok 17 Julai tepat jam 8.15 malam Angah akan berangkat ke Melbourne, Australia. Berita baik tersebut terus dipanjangkan kepada isteri yang tersayang, Angah, Along dan Uteh melalui setelit persendirian.

Lega lega dan lega, Puas puas dan puas. Angah atau Joann ni kalau diikutkan sejarah, banyak sangat "jink" yang dilaluinya. Mula dari dia masuk Kolej Lagenda di Langkawi seminggu sahaja disana. Selepas itu sejarah dia masuk MMU sebulan sahaja. Semuanya ada sahaja yang menghalang dan menyangkak. Tapi kali ini bila nak ke Australia pulak. Pada mulanya, semua berjalan dengan lancar tetapi di akhir2 pemergian, macam2 pula hal berlaku. Tambang tiket naiklah. Tiket kena beli sendirilah. Tapi yang lebih panik pasal visa yang tak dapat lagi sehingga last minit nak terbang.

Walaubagaimana pun alhamdullillah pada Tuhan kerana dengan usaha dan doa seorang ayah yang tidak mengenal penat, jemu dan mengalah, akhirnya berjaya juga Angah membawa payung keluarga Johani Salamah ke Australia. Amin, amin dan amin. Ayahnya percaya kepada kata2 azimat "There Is Nothing Impossible In This World" dan "Never Give Up".

Sebenarnya bukan Angah sahaja yang membawa payung keluarga Johani Salamah, tetapi juga Along, Uteh dan Johan. (Keluarga Johani Salamah sebenarnya telah lama dipinggirkan dan dipandang sepi oleh saudara mara disebelah Wak Usop Mak Itam). Mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat. Setelah Along dapat final result desertation, barulah dunia ini terang di siang hari dan gelap di waktu malam. Rasa macam nak melayang badan. Uteh dan Johan juga kena buktikan kemudian.

Menyambung belajar ke luar negara dengan biasiswa sebenarnya bukanlah satu perkara mudah pada masa ini. Lebih2 lagi persaingan dari dalam adah terlalu ketat. Walaupun Angah cuma dapat belajar di RMIT selama tiga bulan setengah sahaja, tetapi kesannya amatlah besar sekali. Lebih2 lagi apabila Angah memasuki alam pekerjaan. Jika digunakan sepenuhnya masa yang ada, tiga bulan setengah boleh menjadi tiga tahun setengah. Percayalah orang2 yang keluar negara tetapi tidak pandai memunufaatkan masa yang ada, nescaya rugi dan sia2 sahaja.

Maka bermulalah perjalanan dari rumah di Permas Jaya ke Kuala Lumpur pada jam 9 pagi 17 Julai 2008. Johan turut sama dan terpaksa ponteng sekolah selama dua hari. Taskirah yang panjang lebar dan pesanan demi pesanan diberikan oleh Konsultan Bertauliah semasa perjalanan. Entah dengar entah kan tidak tetapi taskirah tetap di jalankan. Singgah diMelaka untuk membawa Uteh bersama. Sebelum itu sempat menziarahi Mak Besah yang sakit di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang. Berbual2 sekejap dengan Pak Bahari sebelum berangkat ke Villa Puchong.

Tepat jam 5 petang ke KLIA. Sampai KLIA jam 5.30 petang. Periksa dalam jam 6 petang bersama 3 lagi orang kawan Angah. Yang paling melucukan adalah boyfriend budak India. Oleh kerana sayang sangat kat girlfriend dia, kita yang pandai ne pun semuanya jadi bodoh macam dia. Berlari kesana berlari kesini. Hehehe...

Jam 8.30 malam pulan ke Puchong Villa. Singgah di IOI Mall jumpa Harun Celcom. Bincang sikit pasal kerja. Sampai di Puchong Villa jam 10.30 malam.

Bangun pagi jam 8.30 pagi. Sudah terima sms Angah dari Sydney. Itulah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dalam perjalanan pulang ke Permas Jaya, belum pun sempat sampai dirumah Angah telah sms lagi dan dah sampai Melbourne. Begitulah dunia sekarang.

0 comments: