RAYA OH RAYA

Biasa lah sehari sebelum menjelang Aidilfitri kami sekeluarga sibuk menyiapkan persediaan yang perlu disamping kerja2 membersihkan dalaman rumah dan kawasan. Walaupun tahun ini tidak semeriah seperti di tahun2 yang sebelumnya disebabkan gawat, namun Hari Raya tetap disambut walaupun secara sederhana. Yang paling ketara tahun ini Angah tiada bersama keluarga kerana berada di Australia. Ini lah kali pertama kami sekeluarga beraya tanpa Angah.
Sebelah paginya bersama Uteh pergi ke pasar Tani di Stadium Larkin. Selepas itu terus ke kilang chocolate Appolo di Larkin untuk membeli sedikit waffer.
Selepas itu ke worksyop Kassim di Permas Jaya untuk service JEN 42. Selepas diservice JEN 42 pun dihantar cuci.
Hari ini Pn Lily dan Along masih berkerja. Jadi kerja2 dirumah dibuat bersama Uteh dan Johan sahaja.
JBJ 42 semalam petang baru sampai
masih berplastik lagi tempat duduk
sudah 4 generasi nampaknya iaitu sejak 1985
pagi2 along dah keluarkan kucing dari kandang dan diberi makan
Jimmy, Cantek n Manis

JBJ 42 dibeli khas untuk Uteh
Kimmy, Snowy dan comel masih dikandang
Kandang pun sudah dialihkan dihujung halaman rumah
JEN 42 pun dicuci bersih selepas di service kerja2 meng lap luaran
vacuum dalaman
Along chatting dengan Angah di Melbourne
Bakal Wali juga sibuk mengganti cadar katil bilik Ayah dan Mama

rela paksa

Pn Lily sibuk didapur

menyediakan alatan2 kueh

Biasalah dimalam raya

Uteh sibuk menerima sms ucapan Aidilfitri

Gambar2 di dinding juga digantikan dengan yang baru

semuanya tugas Johan

Kueh raya yang dibuat oleh Uteh

Ada juga yang dibeli

Along sedang buat sidang video dengan Angah dari Melbourne, Australia

Sambil sms sambil tengok program hariraya di TV
Llampu klap klip di pourch rumah
Ruang tamu yang siap dikemas
Jap lagi nak buat kek muffin chocolate

Johan menukar sarung bantal
Langsir baru dipasang oleh Johan
Along dan Pn Lily sibuk membuat kueh tart
Uteh sedang memblend muffin cake
Acuan muffin cake telah siap sediaNak kueh sedap muka kena senyum
Membuah kueh tart ne ada leceh sikit la
Buat dia punya bunga
dah penat mengemas

releks sebentar sambil serve internet
Membersih dan mengemas atas almari
Membuat muffin cake
Memasukkan muffin chocolate cake kedalam acuan
Nampak macam sedap aja
Kueh tart pun sedap juga








menziarahi kubur orang tua

Pada hari Ahad lepas kami lima beranak telah siap sedia menaiki kereta untuk menziarahi tanah perkuburan di Pontian dan Johor Bahru. Perjalanan ke Pontian memakan masa lebih kurang sejam. Sebelum kepusara Ayahnda Yusof bin Hasan dan Bonda Zawiah Bte Salim singgah sebentar dikedai kain di Pontian, untuk membeli kain buat pengganti kain yang telah lusuh. Maklumlah lawatan kepusara dibuat setahun sekali. Lepas tu kekedai bunga untuk membeli bunga. Selepas semuanya siap barulah kami semua ke Perkuburan yang terletak di Jalan Parit Mesjid Pontian.

Kami ke pusara ayahnda Yusof Bin Hasan dahula dan lepas itu ke pusara bonda Zawiah Bte Salim. Ayahnda Yusof meninggal dunia pada tahun 1981 dan bonda Zawiah meninggal pada tahun 1991. Selepas kerja2 pembersihan dibuat seperti lazimnya Johan akan mengetuai bacaan doa. Maklum lah bakal wali katakan.

Selepas keperkuburan di sebelah say di Pontian pada sebelah petangnya kami ke perkuburan sebelah isteri di perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.


Pusara Ali bin Abdullah
Terletak di Perkuburan Mahmoodiah JB
Meninggal pada tahun 1989
Pusara Bapak Mertua Ku
Budak ne seperti biasa lah
Kat kubur pun sibuk main sms


Kubur pun macam taman
ada yang macam taman mewah
dan ada yang macam rumah kos rendah

yang ini taman mewah
ramai orang jual bunga
perkuburan mahmoodiah JB
cantek
mesti mahal agaknya...
pusara Dara Bte Raedin

kerja2 pembersihan pusara Ibu Mertua Ku
Berrdoa di pusara Dara Bte Raedin
semoga rohnya dicucuri rahmat

menabur bunga dipusara
Pusara Ibu Mertua Ku
Meninggal dunia pada 12 Oktober 1981
Masa tu Johanna baru berusia 2 hari



Ustaz Johan membaca doa
bakal wali katakan....