HARI MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Seperti biasa, malam minggu pulang lewat hingga kepagi, dan sudah tentunya hari minggu bangun pun lewat juga. Sebelum bangun jam 11.30 pagi, sibudak yang bernama Johan masuk kebilik. dah bersiap2 pakai pakaian formal sambil bersikat dan bersolek. Ibarat pepatah, terkilas ikan diair, sudah ku tahu jantan betinanya!
" Ayah abang nak g library" disambung lagi "Mintak duit 10 ringgit buat tambang" Hah itu lah dia yang sebenar2nya yang dihajatinya. Mula2 raba kocek ada 6 ringgit. Pas tu raba lagi, ada lagi tiga ringgit. Bagilah, apa nak buat. Johan pun senyum dan salam cium tangan dan terus keluar.

Selepas Johan keluar, maka bermulah agenda hari Ahad yang membosankan. Bangun aja dari katil, Pn Salamah pun sudah ada didepan TV menonton astro. Kain baju berlonggok dihadapan beliau untuk dilipat. Menimbun tinggi macam gunung tapi belum dilipat lagi.
Seperti biasa telefon bimbit pun di aktifkan. Ada mis kol dari Jamri pukul 3.35 pagi. Ada message dari cikgu Zainal ajak mengeteh. Dah lewat diam aja lah.

Kira2 pukul 12.30 Along kol suruh beli surat khabar kerana ada iklan askar keluar hari ini. Pn Salamah pun sibuk suruh keluar beli surat khabar. Suruh memang senang, tetapi kenapa Pn Salamah tak keluar aja beli surat khabar??? Pn Salamah pun dah siap mandi dan duduk aja dari pagi sambil menonton TV. Kerja2 melipat baju pun belum dibuat lagi. Tapi cakap2 macam ini hanyalah didalam hati aja. Nak cakap betul2 takut bertekak pulak jadinya. Jadi tanpa membuang masa, terus mandi dan keluar beli surat khabar di 7 Eleven PJ. Utusan Malaysia harganya 2 ringgit terasa mahal pulak sebab dah lama tidak membelinya. Baca akhbar semuanya hanya melalui internet. Baca akhbar seluruh dunia tau.

Setelah iklan askar dibacakan kat along secara ringkas, terus kedapur masak maggie mee. Makan...........

0 comments: