Kempen jimat cermat oleh kerajaan secara tak langsung terikut2 juga oleh saya. Kesan dari kenaikan harga petrol yang mendadak, sekarang ini perjalanan dengan menggunakan kenderaan sendiri dibuat lebih berhati2 dan terhad. Maksudnya berkongsi kenderaan apabila keluar mengeteh dan merancang destinasi yang paling dekat dari rumah. Yang paling jimat sekali adalah tidak keluar menghantar Johan dan Pn Salamah pergi dan balik ketempat kerja. Kira2 kos petrol yang dapat dijimatkan hanya dengan berbuat demikian sekitar 30% hingga 4

Kelmarin, masa dihabiskan sehari suntuk dirumah sahaja. Pada sebelah pagi, kerja kerja menyedai baju dilakukan lebih awal kerana ditakuti hujan akan turun pada sebelah tengahari. Selepas kerja2 yang tak suka dibuat itu selesai, berehat sebentar sambil menonton TV dan bermain game tetris. Seperti biasa rancangan yang diminati adalh berita semasa dalam dan luar negeri. Selepas itu kerja kerja dapur pun bermula. Merebus lada kering untuk di blend kemudian. Tetapi malangnya lada kering yang direbus hangus kerana tak perasaan ketika menonton TV. Walaubagaimana pun lada yang separuh hangus itu di blend juga. Selepas itu sambal ikan bilis pun siap dimasak. Nasi juga siap dimasak sebelah petang. Selesai kerja dapur. Lega.

Sedang sibuk2 kat didapur tiba2 hujan pun turun dengan lebatnya. Nasib baik kain baju yang telah kering dapat diselamatkan dengan segera.Kalau tidak pasti Pn Salamah bermasam muka apabila kembali dari kerja kelak.

Sebelah petang kerja2 Plan And Design untuk Melaka Metro Ring dilakukan dengan mengedit lukisan yang telah dibuat oleh Johan. Straight Line Drawing dan Cable Piece List juga siap dibuat. Sedang kerja2 dibuat si Uteh pulak mintak topup maxis rm30. Dalam pada itu si Angah pulak menghantar sms, menyenaraikan kos perbelanjaan lawatan sambil belajar di Melbourne dan Sydney. Kos keseluruhan mencecah rm3k. Senyaum aja la nak buat macamana.

Dalam pada itu seperti biasa kawan2 rapat, ada yang menge kol dan ada yang meng sms. Memang dah jadi lumrah agaknya kol dan sms berlaku pada setiap masa dihari ini. Kalau orang yang tak faham dan tak tahu, mungkin meng kol dan meng sms rakannita agaknya.

Pening mengenangkan si Angah tak dapat2 lagi no telefon si Quek Yee Nam di Melbourne, cuba2 nasib tanya no telefon rumah beliau di JB melalui 103. Tiba2 dapat dan terus telefon. Yang lucunya si Quek kini ada di JB kerana pulang berehat selama 3 bulan. Tak tahan sejuk agaknya di Melbourne. Tapi kata dia nak jumpa kawan2 lama aja. Hehehe....

Sebelah malam hujan turun dengan lebatnya. Cita2 nak mengetah dibatalkan. Kol 12 malam masuk tidur.

0 comments: