Shopping Untuk Angah

Pagi tadi bangun awal iaitu jam 7.30 pagi. Seperti biasa menonton/mendengar berita di TV dan ulasan akhbar2 arus perdana. Berita kegemaran adalah di TV1 Ch 101, TV3 Ch 103, Astro Awani Ch501, Berita Bernama Ch 501, CCTV9 Ch 509, CNN Ch511. Sentiasa memilih berita yang terkini berselang seli tetapi penat sedikit untuk menekan remote control.

Sementara iklan, bukak juga Ch 811, 812, 813, 814, dan 815. Saluran sukan. Tak kira apa sukan didunia ini, semuanya ditonton dengan penuh minat. Lebih2 lagi sukan golf. Tapi perlawanan Tennis Wembeldon dari England yang di pancarkan secara langsung sedang masuk keperingkat suku akhir.

Jam 11 pagi keluar rumah bersama Angah untuk membeli sedikit persiapan pakaian musim sejuk ketika di Melbourne nanti.

Sebelum itu ke Kempas dahulu untuk mengambil cek tunai berjumlah rm3,000.00. Cek di cash kan di RHB Tampoi. Dari Tampoi terus ke Tebrau City untu membeli belah.

Dari Tebrau City beli lagi baju dan jeans Angah di Giant Plentong. Makan hot plate mee bersama Angah sementara menunggu handphone Johan dibaiki. Angah membeli memory kad 1G. Selepas itu terus ke CIMB Permas Jaya untuk memasukkan duit Uteh sebanyak rm100. Dari CIMB terus ke Maybank PJ untuk memasukkan duit rm1,000 untuk Angah.

Selepas itu kepasar TS Mart PJ untuk membeli ikan kembong untuk dimasak kari. Sedang sibuk menyiapkan masakan, terlupa pulak serbuk kari telah kehabisan. Mengarahkan Angah supaya kembali semula ke pasar untuk membeli serbuk kari dan telur.

Jam 4.30 petang Angah keluar rumah untuk menjemput mama ndan Johan pulang dari tuition.

Jam 5 petang kari ikan kembong bercampur terung, bende, tomato dan telur rebus siap dimasak. Nasi pun dah siap dimasak juga. Oleh kerana perut lapar, tanpa menunggu isteri dan anak pulan terus makan. Lazatnya.........

Isteri dan anak2 pulang jam 6.30 petang.

Bersambung.........

1 comments:

oooooo . . . ayanh tgh kaya upanya . . masok ah duit bnyak lagie . . uteh wat keje arie tuh xclaim lagie . . duit minyak ah . . duit carik tmpat lagie . . duit panas nyer lagie . . kn kn kn . .