ISU2 SEMASA

Seminggu sudah tidak mengemaskinikan Blog. Terasa tidak bertanggung jawab dan bersalah pulak. Manalah tahu ramai peminat2 diluar sana rasa kecewa kerana tidak dapat membaca coretan dari seorang pesara intelek. Sori sori dan sori.

Bukannya sibuk sangat tetapi menyibuk tak tentu arah agaknya.

Minggu2 terakhir ini banyak peristiwa panas dan sensasi yang berlaku.
Antara nya ialah:-

1. Kes Liwat Annuar Ibrahim.
2. Euro 2008.
3. Kes Ian Chin.
4. Sosial Kontrak.
5. Blog Tun Mahathir

Kes Liwat Annuar Ibrahim.....

Mungkin ramai orang diluar sana yang tidak percaya langsung atau separuh percaya sahaja.
Tetapi bagi saya kes ini adalah BENAR! BENAR! dan BENAR! Bukan konsipirasi politik atau sengaja diada2kan oleh pihak2 yang berkepentingan.

Sebenar2nya orang2 yang suka kearah tabiat yang songsang ini kalau mengikut kajian pakar saikologi adalah ramai sekali. Baik lesbian atau pun gay. Dinegara maju jumlah "pesakit2" ini sangat ramai berbanding dinegara kita.

Mungkin di Malaysia perlakuan lesbian mau pun gay tidak digembar gemburkan dimass media tempatan kerana perlakuan ini dianggap jijik, keji dan hina. Mereka2 yang meminum arak, berjudi, rasuah, memakan dadah mahu pun berzina lebih dipandangan mulia dari mereka2 yang melakukan sumbang mahram. Itulah sebabnya perbuatan ini dibuat secara sembunyi2 dari pengetahuan umum. Walaubagaimana pun umum mengetahui tempat2 diMalaysia ini menyediakan perkhidmatan yang terkutuk ini. Banyak orang yang tahu tetapi ramai juga orang2 yang jahil berpura2 tidak mahu tahu ataupun tak mau ambil kisah langsung.

Berbalik kepada Kes Annuar Ibrahim ini saya berpendapat memang tidak dapat ditidakkan kebenarannya. Cuba difikir2kan kembali, sesaorang itu sangat mudah dibabitkan dengan kes2 rasuah, judi, perempuan dan sebagainya kerana perkara2 tersebut memang lumrah dilakukan di Malaysia mau pun dinegara2 lain. Tetapi bagi kes Liwat Annuar Ibrahim, adalah amat susah untuk direka2 jika perkara itu tidak benar. Dan kes ini pun telah berlaku bagi kali kedua. Saya sangat simpati dengan Tun Mahathir yang berani membawa kes ini ke mahkamah pada tahun 1998, yang mana banyak orang yang terperanjat dan tidak mempercayai langsung. Tetapi apabila kes ini berlaku bagi kali keduanya inshallah lebih ramai lagi orang akan membuka mata dan mempercayai akan kebenarannya. Syabas Tun!

Kalau kita perhatikan modus operandi kes ini memang kita terus terang percaya akan kebenarannya. Apabila sahaja Saiful Bukhari membuat lapuran polis, Annuar sembunyi di kediaman Duta Turki. Kenapa dia sembunyi???? Kata dia dia takut kena bunuh kerana dia dapat ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenalinya. Percaya ke seorang pejuang negara, ketua pemimpin parti pembangkang takut kena bunuh. Walhal dalam road-show2 beliau, lagi banyak orang marah dengan beliau kerana ucapan2nya yang lantang,lancang, memaki hamun, memfitnah dan menghasut. Sebenarnya Annuar sembunyi kerana menyusun stratigi untuk melepaskan dirinya dari tuduhan. Itu aja.

Setelah keluar dari tempat persembunyian, seperti biasa beliau menafikan sekeras2nya akan kes tersebut. Kesian isteri dan anak beliau Nurul. Sebagai isteri dan anak yang baik mereka turut sama menafikan dalam press statement walaupun mengetahui perkara ini adalah benar. Tuhan sahajalah yang tahu hati mereka. Lebih2 lagi Datin Seri Wan Azizah(Isteri sahaja lah yang tahu tabiat suami. hehehe........) Membuat laporan polis tentang kes Najib dan Rosmah, Musa Hassan dan Abd Ghani Patail, adalah satu lagi cubaan Annuar untuk melarikan perhatian orang ramai tentang kes liwat ini kepada kes yang lain pula. Orang bodoh pun dapat menangkap dalih yang dibuat Annuar. Beliau sedikit pun tidak mempertahankan kes liwat beliau dengan serius.

Euro 2008

Euro 08 telah pun berakhir dengan Spanyol menjadi Johan dan Jerman kalah dengan satu kosong. Final yang sungguh rancak dan mendebarkan. Tetapi semi final antara Turki dengan Jerman adalah perlawanan yang lebih menarik.

Sekarang sudah tidak berjaga malam lagi sehingga jam 5 pagi. Tetapi oleh kerana sudah terbiasa dengan tidur lewat, akhir2 ini pun tidur lewat juga. Samada mengeteh atau menonton TV sahaja dirumah.

Ian Chin

Ian Chin adalah salah seorang hakim yang dipecat oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi PM pada tahun 1988. Beliau kembali menyerang Tun dua minggu lepas setelah 3 orang bekas Hakim yang juga dipecat menerima Ex gratia. Jumlah ex gratia dirashiakan oleh kerajaan untuk menjaga hati keluarga penerima (Hanya alasan). Orang yang bertanggung jawab dalam hal ini adalah Datuk Zaid Ibrahim yang dulunya sangat benci dengan Tun. Beliau dipecat oleh UMNO kerana politik wang. Datuk Zahid adalah seorang peguam yang sangat kaya dari Kelantan. Firma Guaman beliau adalah yang terbesar di Malaysia. Beliau dilantik oleh Pak Lah menjadi menteri didalam Jabatan Perdana Menteri menjaga undang2 setelah dilantik menjadi senator sebelum itu. Beliau bukan seorang wakil rakyat. Kebencian Zahid terhadap Tun membuatkan beliau menubuhkan Suruhanjaya Tribunal Kehakiaman. Kes video clip Lingam adalah cubaan pertama beliau untuk memalukan Tun. Tun bersama lima lagi orang didapati bersengkongkol dan bersalah tetapi apabila Tun minta dibicarakan, tiada tindakan dibuat. Begitu juga dengan kes Ian Chin, apabila Tun menjawab (di blog beliau) akan penipuan Ian Chin, Zahid berkata tiada laporan polis dibuat dan belia tidak boleh berbuat apa2. Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali dan Pasir Mas (Parti Bebas) membuat laporan polis, Zahid kata tak perlu. Sebenarnya Zahid dah kecut perut. Malam tak tidur agaknya.

Sosial Kontrak

Satu lagi agenda mengarut orang2 bukan Melayu yang membahaskan tentang sosial konrtak ini. Forum ini dianjurkan oleh Majlis Peguam2 Melayu tetapi dibuka kepada Peguam2 bukan Melayu juga. Dari itu orang2 yang bukan Melayu mengambik kesempatan melahirkan rasa ketidakan hati mereka kepada Sosial Kontrak tersebut. Mereka2 semua adalah terdiri dari Peguam2 yang anti kerajaan. Hak2 istimewa orang2 Melayu mahu dikaji semula.

Blog Tun Mahathir Mohammad

Blog ini terlalu panas dan paling popular sekali di Malaysia. Alamatnya adalah www.chedet.com. Banyak maklumat2 yang rakyat tidak tahu sebelum ini didedahkan dan dibicarakan oleh Tun secara terperinci. Macam belajar di Univerisity pulak. Blog ini kalau tak dibaca sehari macam siang tak terang dan malam tak gelap. Bulan ini sudah masuk bulan yang kedua. Pada bulan yang pertama sahaja satu juta pengunjung telah melayari blog Tun termasuk saya. Syabas Tun! Blog ini terus popular kerana keberanian Tun membongkar penyelewengan kerajaan sediada. kalau saya tak bukak bolg Tun saya rasa macam saya keluar rumah tanpa handphone. Begitulah ketagihnya saya dan semua orang yang melayari blog Tun.

Mari kita ramai2 baca blog Tun.

Sekarang dah pukul 2.05 pagi, mata pun mula mengantuk.
Jumpa lagi dilain masa.
Salam sejahtera.

2 comments:

hehehhe... syabas ayah... berani membahaskan isu2 semasa... rajin2 ler berblog yek...

wah ayah . . giler ah mlayu . . lagie yah citer aper lagie . ? .