Sebenarnya akhir2 ini jarang keluar kerana kos perbelanjaan telah meningkat dengan mendadak. Maklumlah harga petrol telah naik 42%. Semua barangan pun naik. Kalau pakai Perdana, pusing2 kat bandar aja dah rm20. Kalau jauh sikit mungkin mencecah rm40. Itu pun belum termasuk makan dan minum. Tak boleh tahan! Keluar malam pun kongsi kereta dengan cikgu Zainal. Itu pun borak2 kosong dan pusing2 kat kawasan Permas jaya aja. Semua kawan2 pun dah mula ubah cara berbelanja dan tukar tabiat kehidupan.
Lagi satu perkara, budget pun tengah teruk ne. Tunggu payment tak masuk2. Hari2 tunggu dan tunggu. Manalah tau ada. Jadi kena pasrah ajalah. Tapi tak apa,kerana mana ada orang susah selama2nya. Susah ne mengajar kita agar banyak sabar dan lebih berhati2 dimasa hadapan. Cuma masa tengah sempit ne anak2 dan bini kenalah faham dan berilah sikit moral support. Nanti kalau dah dapat payment baru boleh berbelanja dan jalan jauh sikit. Semua anak2 dan bini boleh tumpang senang sama.
Kerja membasuh dan menyidai baju tidaklah seberat melipat baju. Cuma kadangkala apabila baru siap disidai tiba2 hujan pun turun. Kelam kabut juga dibuatnya. Baju dah siap diangkat, hujan pun berhenti pulak. Itu pun tak apa, cuma yang menjadi tanda tanya ialah kat rumah cuma ada tiga orang aja. Tapi hari2 basuh baju sampai dua kali. Mana datang banyak baju kotor? Mula2 dulu tak perasan tapi dah hari2 buat kerja itu, sungguh menghairankan! Pelik tetapi benar.
Kerja2 memasak memang jadi kegemaran. Hari2 masak. Pasal suka makan ikut selera sendiri.
Anak2 kucing dah pun bukak mata. Sangat cantek dan comel. Sebab tu nak bagi nama cantek, comel dan anggun. Cuma kat depan dai kena pakai nama Siti. Pinjam nama Siti NurBalkis! Hehehe...
NAK KEMANA TU??
SONGKOK TAK PAKAI
CH816,817,818,819,820,821,822,823,824,825,826
0 comments:
Post a Comment