LAGI PASAL JBJ 42







Diam tak diam usia JBJ 42 sudah hampir 23 tahun. Lebih tua dari umur Uteh. Banyak kenangan pahit manis yang dilalui bersama JBJ 42. Dari sebuah kereta manual, takde power steering, takde central locking, takde apa2 pun, sehinggalah ke sebuah kereta yang lengkap segala2nya. Pernah mengalami kemalangan, pernah disimbah cat merah kerana salah parking di Stesyen Shell Larkin, pernah rosak dan lain2 lagi pengalaman pahit manis yang pernah dialaminya.

Masa mula2 booking nombor dulu hanya kena bayar rm35 sahaja. Tapi nilainya sekarang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Ada sentimental value agaknya. Mungkin kalau ada rezeki beli kereta baru, JBJ 42 tetap dibawa bersama. Pernah ditanya " Why your father like the number 42?" Maka jawablah sianak " four childrens and two wife"
Hehehe.......

0 comments: