24th IIUM CONVOCATION 2008

Konvokesyen UIA yang ke 24 tahun 2008 akan diadakan pada 23hb hingga 25hb Ogos 2008. Pada mulanya memang telah mewakilkan Pn Zuraini dan En Azuha untuk hadir dimajlis tersebut kerana dah penat nak berulang alik ke KL dua tiga kali. Mula2 dulu hantar Angah g Melbourne. Minggu berikutnya menghadiri konvo Uteh pulak di MMU Cyber Jaya. Mungkin kali ini tak g lah sebab duit pun dah kering. Banyak nak pakai duit lepas ne.
Tapi entah macamana pulak malam 22hb tergerak pulak nak menghadiri konvo Along. Rasa tak sampai hati pulak. Bincang punya bincang, tengahari besok (Jumaat), bertolak ke KL tumpang kereta Along. Balik naik bas. Jimat belanja.
Maka bertolaklah 4 beranak ke KL pada Hari Jumaat kira2 jam 12.30 tengahari. Seperti biasa singgah di Petronas sebelum Tol Skudai untuk mengisi minyak dan membeli makanan.
Singgah di Melaka sebentar untuk memberi Uteh makanan, sedikit duit dan hadiah.
Selepas itu meneruskan perjalanan ke KL (Puchong). Oleh kerana masih awal lagi, maka singgahlah di Nilai 3 untuk mencuci mata.
Sampai KL (Puchong) kira2 pukul 5 petang.
Sempat ajak Along untuk melihat pameran MAHA 2008 di Serdang. Tengok lembu, tengok kucing, macam2 tengok sebelum pulang jam 10 malam.
Seawal 10.30 pagi sudah bersiap2 untuk ke UIA. Sampai UIA jam 11.30 dan terus ke gerai makanan kerana perut lapar. Makan seadanya iaitu ayam mas dengan nasi sahaja. Selesai makan jam 1 tengahari. Masa itulah traffik jam untuk ke Dewan Konvo. Kenderaan terus tak berjalan. Maka Along pun kenalah berjalan kaki kerana takut tak sempat untuk masuk dewan pada jam 2 petang. Johan, Akeem dan budak2 pun ikut sama temankan Along. Tepat jam 2 petang sempat juga sampai ke dewan. Ayah, Mama, Kak Ani dan Abang Zuha pun masuklah dewan. Dulu ayah ingat dewan UTM besar. Lepas tengok dewan MMU Cyber Jaya besar, ingat dah tak de dewan yang besar lagi. Rupa2nya dewan UIA lagi besar.
Majlis konvo berjalan lembab tak macam konvo MMU yang serba canggih. Walaubagaimana pun majlis konvo UIA sangat meriah berbanding konvo MMU. Sungguh meriah! Ramai ibu bapa dan keluarga dari dalam dan luar negeri hadir. Walaupun hujan lebat, tapi ramai yang sanggup bergambar dalam hujan. Gembira katakan.......
MANA ANAK AKU?
DULU ANI BAGI BUNGA KAT AZUHA TAU AUNTIE!
APA RESIONALNYA BAGI BUNGA?
DEWAN UTAMA UIA YANG TERSERGAM BESAR
KENAPA LA DULU AKU TAK SAMBUNG DEGREE
SIKIT AJA LAGI...
BIASALAH.. GERAI JUAL BUNGA
6 BUNGA RM30, 12 BUNGA RM60
TAMBAH SATU ACCESSORI RM10
MAHAL!
DEGREE IN QUANTITY SURVEYOR (HONS)
AT LAST.... GRAD JUGA AKU
"AKU RASA AKU PUN BOLEH JUGA GRAD MCM DIAORANG
GERAI CENDERAHATI
ANAK BAPAK
BAPAK DIA DAH LAMA SANGAT DAN BANYAK KALI GRAD
SAMPAI DAH LUPA TAHUN BERAPA
KAK ANI DAN KELUARGA TUMPANG GEMBIRA
BERGAMBAR, BERGAMBAR DAN BERGAMBAR
KAK ANI PUN KASI HADIAH BUNGA
BERSAMA KELUARGA KAK ANI
SAYA PUN NAK GRAD TAU!
SUKANYA
PENAT TAPI PUAS
TAK HABIS2 BERGAMBAR
MAKAN SEBELUM KONVO
SAYANG ALONG
MAKAN DAN MAKAN
BUDAK TU PAHAM KE??
GRAD IN REKA CIPTA AGAKNYA
SPM PUN TAK LEPAS LAGI
GAYA MESTI ADA
MUDAH2AN SATU HARI GUA MESTI DAPAT ANUGRAH PRESIDENT
ADA CARA TAK??







0 comments: