JBJ 42

JBJ 42 dilahirkan pada bulan September 1985. Masa itu kereta yang memakainya adalah Proton Saga 1.5S berenjin Orient. Harga belian adalah rm22,000.00 sahaja. Sebenarnya semasa booking kereta tersebut, kereta Proton Saga baru sahaja diiklankan untuk dilancarkan di surat khabar dan televesyen. SEmua orang tak tahu macamana rupanya lagi. Harganya pun tak tahu lagi. Cuma ceritanya harganya murah. Untuk mendapatkannya dengan segera kena bayar wang deposit sebanyak rm500 sahaja.

Sebelum itu pakai kereta Fiat 124 Special berdaftar JK 7823. Beli secondhand (tahun 1971)dari Abang Bujang. Kereta FIAT maksudnya "Fiat Is Always Trouble" selalu aja rosak. Kadang2 sampai tiga empat kali kena betulkan dalam masa sebulan. Walaubagaimana pun dah jauh berjalan dengan Fiat. Sampai negeri Kelantan habis dipusingnya. Takde aircon, tak ada power steering, tak ada alarm, tak ada central locking, tapi tak tau lah mcmana boleh jalan siang malam pagi petang dengan megahnya. Kalau nak diceritakan rosak memang banyak kali. Kat Singapore, kat KL, kat Kuantan, kat Melaka, kat Muar, kat mana2 pun pernah rosak dan kena tolak. Kadang2 macam nak nangis dibuatnya.

Bila dah beli Proton Saga 1.5S berwarna biru muda, kereta Fiat pun dijual dengan kawan. Ingat nak jual rm1,000.00 tapi kawan tawar rm900. Kena setuju ajalah. Buat apa nak simpan kereta yang selalu rosak.

Tahun 1991, semasa pulang dari menjemput mama pulang dari Hospital Tun Aminah, kereta tersebut berlanggar pulak dengan bas sekolah Tun Fatimah. Cedera teruk juga dan dimasukkan pulak ke hospital. Dagu patah. MC sebulan setengah. Depan kereta teruk dan cermin depan juga pecah.

Lepas kereta dah dibaiki, dijual dan kereta baru dibeli. Kereta Proton Saga 1.5 Auto warna silver metallic. Best pakai kereta automatik rupanya. First time pakai kereta automatik. Kereta lama dijual rm15.000.00 dan kereta baru dibeli dengan harga
rm33,000.00. Maka JBJ 42 pun dibawa bersamalah dengan kereta baru.

Jauh juga perjalanan kereta Proton Saga 1.5 Auto hingga ke Kelantan juga. Pada bulan Oktober 2001, kereta tersebut pun dijual dengan harga rm25,000.00. Dan penggantinya adalah kereta Wira 1.5 Auto. Juga menggunakan plat JBJ 42. Harga Wira adalah
rm64,000.00. Sampailah sekarang pakai Wira. Kereta baik tapi minyak kuat.
Hehehe..... adanya.......

0 comments: