MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun ini dijangkakan tidak semeriah seperti ditahun2 sebelumnya. Kesuraman ini mungkin disebabkan faktor ekonomi Malaysia dan dunia yang tidak memberangsangkan dan juga keadaan politik Malaysia yang tidak menentu. Tapi memang semua orang terasa akan muramnya sambutan pada kali ini yang akan menjelang tidak berapa hari lagi. BN khususnya UMNO kalah lagi diPermatang Pauh dengan majoriti yang sangat besar. Rakyat, umumnya orang Melayu sudah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO dan BN. Sebenarnya message yang hendak disampaikan adalah ditujukan khas kepada PM, iaitu Pak Lah.

Ramai orang, khususnya orang Melayu terlalu kecewa dengan kepimpinan Pak Lah, sampai ada yang berkempen melalui blog agar tahun ini dikibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sebagai menunjukkan protes kepada kerajaan. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang tidak bersetuju kerana pada pendapat mereka kenapa pula Jalur Gemilang yang menjadi kemegahan negara dijadikan mangsa politik.

Walaubagaimana pun Merdeka tetap Merdeka. Saya akan tetap sambut 31 Ogos dengan mengibarkan Jalur Gemilang dihadapan rumah. Saya bangga dan megah kepada kejayaan Malaysia yang bebas dari penjajahan Inggeris selama 51 tahun. Aman makmur dan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum dapat hidup bersama. Lihat saja lah negera lain yang rakyatnya hidup menderita dan huru hara. Nyawa tidak ada harga lagi apabila fahaman politik mengusai segala2nya.

Mengimbas kembali semasa saya kecil dulu, teringat saya waktu hari kemerdekaan Malaysia yang pertama, tanggal 31 Ogos 1957, berebut2 dengan kawan2 yang sebaya di kampung mengutip risalah2 yang digugurkan melalui kapal terbang. Mendeka! Mendeka! Mendeka! Tidak faham apa yang diucapkan melainkan gembira kerana pada ketika itu dapat tengok kereta berhias berarak diwaktu malam dengan dentuman mercun sahaja. Sungguh terhibur kanak2 dan orang dewasa walaupun kereta berhias tersebut hanyalah sebuah lori barangan dan dihias dengan lampu warna warni sahaja. Tak lebih dari itu. Ada orang "bajang" iaitu orang yang disambung kaki kayu yang panjang. Ketawa terbahak2 bila melihat orang bajang berjalan. Pada siangnya dapat tengok wayang gambar percuma di panggung United Theatre. Sudah semestinya cerita Cowboy lawan Red Indian.Yang pastinya Cowboy kalah dahulu dan orang yang baik dan Red Indian jahat. Bila Cowboy tembak Red Indian atau Dayak, satu panggung riuh bertepuk tangan dan menjerit2 kegembiraan.

Ditepi laut pula ada permainan lumba perahu dan bot. Ada juga permainan tangkap itek dan perlawanan pukul orang dengan bantal dari atas kayu. Yang kalah akan jatuh kelaut. Semua orang ketawa tebahak2 tanda gembira. Di padang pula ada permainan panjat tiang licin yang dilumurkan dengan minyak greese. Diatas tiang ada hadiah untuk diambil. Maka ramai2lah panjat sambil dukung mendukung diantara satu dengan yang lain. Ada juga perlawanan bolasepak suka2 disebelah petang. Pada sebelah malam pula ada fun fair di Padang. Ada wayang gambar terbuka, ada joget2 siam, ada main tikam2 (judi), ada bangsawan, dll.

Biasanya permainan2 tadi akan dibuat sehari sahaja melainkan pertunjukan padang pada waktu malam, diadakan seminggu. Riuh satu Pontian pergi menontonnya. Kalau tak pergi rugi kerana pada masa itu tiada hiburan lain.

Begitulah serba sedikit cara orang dulu2 menyambut hari kemerdekaan secara serba kekurangan tetapi terlalu gembira. Tidak sabar untuk menunggunya setahun lagi selepas itu.

0 comments: