KARAOKE

Pada hari minggu (tengahari) dihabiskan dengan mengeteh dan berborak2 kosong dengan Cikgu Zainal di Kopitiam Permas Jaya. Dalam berbual2, tercetuslah idea untuk membuat satu bisnis yang kami rasakan amat agak menguntungkan dan mudah dikendalikan. Bisnis Karaoke yang diangan2kan adalah berkonsepkan karaoke terbuka. Walaubagaimana pun ianya jika dibuat nanti akan ditempatkan ditingkat satu bangunan yang akan disewa di sekitar Bandar Baru Permas Jaya.



Idea atau angan2 ini tercetus apabila kami dapati di JB sekarang terdapat trend karaoke terbuka yang sedang tumbuh dengan pesatnya. Ada yang bagus dan ada juga yang sekadar biasa2 aja. Sebenarnya banyak tempat2 menyanyi disekitar JB yang telah kami kunjungi dan mendapati perniagaan ini jika dibuat secara proffesional akan mendapat pulangan yang lumayan.



Cikgu Zainal berpendapat, jika angan2 ini ingin dijadikan kenyataan, Kasim Sutan akan dijadikan rakan kongsi yang penting kerana beliau banyak pengalaman tentang selok belok perniagaan. Berikut adalah konsep karaoke yang akan dibuat kelak:-

Konsep: Karaoke terbuka tetapi ditempatkan di bangunan tertutup dan berhawa dingin.
Pengunjung boleh menyanyi dan menari ( slow dance tidak dibenarkan).
Pengunjung yang berumur 18 kebawah tidak dibenarkan masuk.
Makanan ringan dan minuman (soft drinks) disediakan. Minuman keras diharamkan.
Waktu perniagaan dari jam 2 ptg hingga 7 mlm (happy hour) dan
dari jam 8 mlm hingga 3 pagi (prime time).
Bayaran satu lagu (happy hour) adalah rm1.50 dan (prime time) rm2.
Pengunjung hanya dibenarkan menyanyi 2 buah lagu sahaja dalam satu masa.
Harga minuman ringan adalah rm3.50.
Harga makanan tertakluk kepada jenis makanan.

Kos perbelanjaan:
Sewa ruang rm1.5k sebulan.
Peralatan sistem bunyi rm30k.
Lampu, pentas, kerusi meja, dapur, bilik air, hawa dingin dll rm 50k.

Mengikut servey yang telah dibuat, satu hari sales adalah sebanyak rm500. Jadi sebulan jumlahnya adalah sekitar rm15k. Tolak overhead sebulan rm5k. Baki adalah rm10k. Bagi 3 orang, maka dapatlah rm3k seorang sebulan.

Modal awal rm100k. Duit cash rm15k. Pinjam bank rm150k. Banyak duit baki. Hehehe...........
Angan2 bersama cikgu Zainal aja. Tapi tanpa angan2, tak mungkin ada cita2. Mudah2an ianya akan menjadi kenyataan.

Sila komen jika berminat.

0 comments: