menziarahi kubur orang tua

Pada hari Ahad lepas kami lima beranak telah siap sedia menaiki kereta untuk menziarahi tanah perkuburan di Pontian dan Johor Bahru. Perjalanan ke Pontian memakan masa lebih kurang sejam. Sebelum kepusara Ayahnda Yusof bin Hasan dan Bonda Zawiah Bte Salim singgah sebentar dikedai kain di Pontian, untuk membeli kain buat pengganti kain yang telah lusuh. Maklumlah lawatan kepusara dibuat setahun sekali. Lepas tu kekedai bunga untuk membeli bunga. Selepas semuanya siap barulah kami semua ke Perkuburan yang terletak di Jalan Parit Mesjid Pontian.

Kami ke pusara ayahnda Yusof Bin Hasan dahula dan lepas itu ke pusara bonda Zawiah Bte Salim. Ayahnda Yusof meninggal dunia pada tahun 1981 dan bonda Zawiah meninggal pada tahun 1991. Selepas kerja2 pembersihan dibuat seperti lazimnya Johan akan mengetuai bacaan doa. Maklum lah bakal wali katakan.

Selepas keperkuburan di sebelah say di Pontian pada sebelah petangnya kami ke perkuburan sebelah isteri di perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.


Pusara Ali bin Abdullah
Terletak di Perkuburan Mahmoodiah JB
Meninggal pada tahun 1989
Pusara Bapak Mertua Ku
Budak ne seperti biasa lah
Kat kubur pun sibuk main sms


Kubur pun macam taman
ada yang macam taman mewah
dan ada yang macam rumah kos rendah

yang ini taman mewah
ramai orang jual bunga
perkuburan mahmoodiah JB
cantek
mesti mahal agaknya...
pusara Dara Bte Raedin

kerja2 pembersihan pusara Ibu Mertua Ku
Berrdoa di pusara Dara Bte Raedin
semoga rohnya dicucuri rahmat

menabur bunga dipusara
Pusara Ibu Mertua Ku
Meninggal dunia pada 12 Oktober 1981
Masa tu Johanna baru berusia 2 hari



Ustaz Johan membaca doa
bakal wali katakan....







0 comments: